Nampaknya saya tidak bersendirian di alam siber ini. Sokongan daripada sahabat dan juga peminat senjata warisan semakin bertambah. Pesanan saya kepada sahabat-sahabat semua jagalah adab sopan, kira bicara dan juga tertib. Semua orang mahukan keuntungan, tapi persahabatan, peraturan dan juga budi bahasa mesti dijunjung tinggi. Jangan hanya kerana sekelumit keuntungan kita sanggup menggadaikan etika dan maruah diri. Bukan nak mengajar atau berkhutbah tetapi ingin menjernihkan dunia perniagaan senjata warisan yang kadang-kadang meloyakan dengan pelbagai karenah pembelit.
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment