sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, June 10, 2008

Andai dipisahkan Melayu dan kerisnya....

Keris adalah akar kekuatan jiwa Melayu, apabila Melayu mulai lemah, kerislah pembakar semangat mereka. Apabila melayu di atas pelamin, kerislah dicari mak andam bagi melengkapkan kejantanan pengantinnya. Apabila Melayu berkumpul kerislah yang dijulangnya. Apabila mak dan ayah meninggal kenapa kerislah yang mula-mula sekali dibuangnya?

4 comments:

Anonymous said...

السلام عليكم

"Andai dipisahkan Melayu dan kerisnya...." Teringat saya dalam sejarah zaman penjajahan British melarang orang-orang Melayu membawa keris ke mana-mana. Penjajah British yang licik mengkaji pemikiran dan sifat-sifat orang Melayu sejak zaman Raffles (Hikayat Abdullah) lagi. Mereka tau yang keris menjadi semacam kebanggaan Melayu, bila-bila masa saja sanggup berkelahi (Blockade of Kedah - by Capt. Sherard Osborn, 1838). Larangan ada dalam Perjanjian Pangkor kalau tak salah. Perbetulkan kalau saya silap. Setelah dipisahkan orang Melayu dari kerisnya maka hilang lah pride Melayunya pada ketika itu. Badik atau lawi ayam tak sama gahnya dengan keris. Larangan yang sama juga dikenakan pada bangsa Arab terutama di Yaman, tapi bangsa Arab tidak mau berkompromi, sehingga sekarang pun kita dapat lihat pisau bengkok khas Arab tersisip di pinggang si pengembala kambing.

Zaman berubah...

Kadang-kadang saya jadi jurufoto kenduri kawin terutama kenduri kawan-kawan. Saya tengok Mak Andam sekarang pun banyak yang pakai keris tipu-tipu. Mungkin ada sebabnya seperti keris dicuri, ditukar dsb. Hulunya digam dengan sampir hinggakan nampak selekeh gamnya. Ada juga yang tak ada bilah, bila dicabut kerisnya rupa-rupanya dawai berlipat yang di dalam batang serunai tu. Rasa kesian dan bersalah pula saya bila tengok keadaan tu, tapi si pengantin lelaki tak kisah pula dan buat selamba. Saya rasa elok lah dimulakan budaya di sini lelaki Melayu yang berkemampuan kalau hendak menikah dan bersanding cari lah satu keris selit yang original. Kalau tak pandai bersilat pun cukup lah sekadar dipakai bersanding dan menjadi kenangan majlis bersanding serta perhiasan dikemudian hari. Malah boleh juga diperturunkan ke anak yang hendak bersanding pula kelak. Lagipun harga keris selit tak lah mahal. Dengan itu pandai keris pun dapat pendapatan lebih, budaya kita pula makin lestari dan meriah.

Tentang anak buang keris pula tak pernah saya dengar lagi. Kalau menjual keris pusaka keluarga saya pernah dengar. Mungkin yang buang keris pusaka tu tak tahan dengan karenah keris "bertuan", tak mau jadi khurafat, syirik dsb. Sebagai Muslim, takut menjadi khurafat dan syirik itu wajar, tapi pada saya membuang atau melupus keris yang kononnya "bertuan" adalah sikap "marahkan nyamuk kelambu dibakar". Seperti kata Cikgu, sebelum menjadi keris ia hanya besi RM2++ sekilogram. Besi RM2++ sekilogram ini lah yang ditempa dan diukir nenek moyang kita ratusan tahun dahulu dengan seni yang tidak ternilai harganya.

Memang tak wajar sekali dibuang keris pusaka. Kalau betul pun "bertuan", cari lah orang yang pandai dan dihalau "tuan"nya itu sahaja cukup lah.

والله اعلم

Anonymous said...

Apabila pengantin lelaki tak pedulikan kerisnya, budaya pendekar melayu akan luput suatu hari nanti

Anonymous said...

salam, saya bersetuju dgn artikel cikgu, tapi mungkin perlu diperbetulkan sedikit..Islam sebenarnya adalah akar kekuatan jiwa melayu :)

Anonymous said...

Terima kasih atas pembetulan dan ingatan