Saban tahun pertandingan keris diadakan di negeri Kelantan. Tahun ini ia diadakan lagi, tujuannya hanya satu iaitu menyemarakkan rasa cinta rakyat negara ini kepada khazanah bangsa Melayu yang semakin luput ditelan arus permodenan.
Kepada yang akan menyertai pertandingan, nasihat saya janganlah terlalu excited untuk menang. Kalau terlalu excited, jika kalah lain pula jadinya. Anggaplah pertandingan sebagai medan untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama kita. Jarang peminat keris di seluruh negara dapat berkumpul sebegini ramai.
Bagi yang berduit, saat inilah peluang untuk mendapatkan keris-keris berkualiti, kerana sah yang menang memang berkualiti walaupun belum tentu paling berkualiti. Saya pula hanya sekadar menjamu mata sahaja, tak ada keris yang cantik dan baik untuk dipertandingkan, sekadar syok sendiri bolehlah. Kepada sahabat-sahabat yang memiliki keris yang cantik-cantik dan bagus kualitinya, unik lagi gah, silalah ke Stadium Sultan muhammad ke iv pada 21 Jun ini. InsyaAllah saudara akan merasai pengalaman baru dalam dunia perkerisan.
"Kedatangan sahabat-sahabat ke negeri Kelantan Darul Naim dialu-alukan"
Friday, June 06, 2008
Keris dan pertandingan
Posted by Mohd Nasir at 9:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment