sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, June 07, 2008

Keris Milik kita semua......

Dunia perkerisan moden sudah menjadi sesuatu yang elit. Bangsa Melayu sudah membuangnya dari kamus kehidupan mereka. Ia hanya dianggap sebagai barang antik untuk hiasan atau untuk upacara/istiadat semata-mata. Sehubungan itu pencinta-pencinta keris sewajarnya menggunakan semaksimun mungkin kemudahan internet untuk menarik minat generasi muda.

Paparan berita-berita menarik dan berinformasi sedikit sebanyak dapat mendorong pelayar-pelayar internet merasakan feel kehebatan keris.Sehubungan itu ketinggian budi dan kemanisan pekerti mesti ditonjolkan. Jangan jadikan dunia perkerisan terlalu ekslusif sehingga menyukarkan generasi baru untuk turut serta. Bukalah ruang untuk mereka. Kerana keris milik Melayu semua.

1 comment:

Anonymous said...

Tengku amat bersetuju dan menyokong pendapat serta pandangan Cikgu *thumbs~up*