sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, June 15, 2008

Terima kasih kerana mempromosikan Blog Cikgu Nasir secara percuma

Alhamdulillah, gambar-gambar keris dalam blog saya telah menjadi sebahagian daripada flyer Pertandingan dan Pameran Keris yang akan berlangsung pada 21 hb Jun di Stadium Sultan Muhammad ke iv Kota Bharu.

Apabila menerima email daripada saudara Lokman seorang daripada orang kuat TM, saya agak terkejut pada mulanya kerana begitu mengenali foto-foto keris yang terdapat dalam flyer berkenaan yang diusahakannya. Kemudian Lokman telah menelefon saya memberitahu foto-foto tersebut telah diamabil dari Blog Cikgu Nasir. Keris yang pertama sekarang berada di JPN Negeri Sembilan, golok kecil masih berada dalam simpanan saya dan tajong dalam gambar sudah berada dalam kamar saudara Fawaz.

Walau apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Lokman dari TM kerana usahanya sedikit sebanyak telah memberi ruang untuk industri keris terus bertapak di alam siber .

2 comments:

langkasuka said...

Salam
Mungkin sedikit pembetulan kepada perkataan "fryer". Kalau mengikut ayat dan contoh yg di tampilkan ianya sepatut "flyer" bukan fryer, kerana maksudnya jadi lain. Dengan tanda maaf.
peace

Anonymous said...

Terima kasih atas pembetulan.