sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, June 02, 2008

Keris dan Persahabatan

Dalam dunia bisnes perkerisan saya selalu diingatkan oleh orang-orang tua agar selalu berhati-hati. Antara pesannya ialah :

1. Cikgu, keris tu tajam.. kita tak tahu bila ia akan menikam.
2. Cikgu, keris yang paling dekat biasanya akan melukai kita, keris yang jauh payah nak kena.
3. Cikgu, keris tu ada 3 mata. Mata yang paling depan merupakan mata yang paling bahaya berbanding dengan mata di sisi.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan ingatan dan pesanan dalam perjalanan ini. Jadikan dunia perkerisan sebagai satu lapangan untuk persahabatan, jangan tamak, jangan dengki, jangan menipu dan jangan pula mengada-ngada. Cari dan tambahlah ilmu agar bicara tidak kosong, renungan tidak tumpul, rasa tidak tawar.

Hobi membeli dan mengumpul keris jangan kita jadikan medan untuk menekan, menindas dan memulau. Jadikan ia satu jambatan yang mengukuhkan ikatan persaudaraan Melayu Islam di Nusantara. Jadikanlah keris lambang kekentalan jiwa sekeras besinya, jadikan pamor nya warna-warna kehidupan, jadikan bisanya sebagai ingatan, jadikan sampirnya sebagai batasan dan jadikan ulunya sebagai pegangan. Allahuakabar

No comments: