Alhamdulillah, dewasa ini sudah semakin ramai anak-anak muda yang mula mencintai keindahan seni keris. Namun begitu tidak semua pencintai senjata warisan unggul ini berpeluang untuk melihat secara dekat bagaimana proses penempaan keris dilakukan.
Sehubungan itu saya mengesyorkan agar sahabat-sahabat yang berkecimpung dalam hobi ini melihat sendiri bagaimana proses membuat keris dilakukan. Ini penting agar diri kita sentiasa berpijak di bumi nyata di samping gahnya kehebatan keris.
Apabila kita menyimpan keris dalam kain kuning dan dalam almari yang cantik, ingatlah asalnya sebilah besi buruk yang berkarat, harganya cuma RM2.4o sekilogram. Sehubungan itu janganlah terlalu cerewet apabila sebilah keris siap. Kalaulah ia keris tempahan khas, itulah hak kita. Terimalah seadanya. Melainkan kita beli yang dah siap.
Monday, June 02, 2008
Menghayati seni pembuatan keris
Posted by Mohd Nasir at 8:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam cikgu Nasir,
Insya Allah... jika di izinkan memang ingin saya melihat proses.
Proses cara Melayu dan Jawa pernah saya lihat di video dan buku2, tapi alangkah baiknya jikalau dapat lihat di depan mata, secara dekat.
Sekiranya kita se rombongan ke sana, bolehkah cikgu tolong kita untuk melihat proses penempaan keris dilakukan?
Wassalam,
Alam Shah
Waalaikumussalam, InsyaAllah jika diiznkan oleh Allah, saya boleh tolong menguruskannya.
Post a Comment