sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, June 07, 2008

Cuti dah nak habis.....

Nampaknya ini adalah hari terakhir cuti persekolahan selama 2 minggu. Nampaknya saya tak akan ada masa sebegini banyak lagi apabila mula bertugas esok. Cuma dapat mencelah sekejap-sekejap untuk aktiviti perkerisan. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke taratak saya sepanjang cuti sekolah ini, kepada tukang-tukang, pembeli-pembeli dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa melayari blog saya.

Dunia perkerisan maya tidak akan sunyi selagi kita semua tetap memeriahkannya. Jagalah etika ketika berurusan, sama ada menjual atau membeli. Adab dan sopan mesti dijaga walau tak pernah bersua mua. Kalau berkenan dan mampu, beli.... . Jangan kita merendah-rendahkan atau menghina sesiapa kerana kita berasakan diri kita cukup bertamadun, berilmu, maju dan elit. Itu tak bagus. Foto-foto tukang yang saya masukkan dalam blog ini adalah foto yang sebenar, tidak ada lakonan atau dibuat-buat.

No comments: