sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, June 15, 2008

Pemilihan Besi dalam penempaan keris

Pemilihan besi dalam proses penempaan keris-keris baru juga merupakan satu elemen penting untuk memenuhi citarasa penempah keris. Biasanya tukang akan bertanya terlebih dahulu kepada penenmpah sama ada ingin menggunakan besi sebatang ataupun campuran beberapa jenis besi ( biasanya nama-nama peralatan besi) .

Menjadi senario biasa bagi tukang menggunakan besi-besi lama contohnya paku-paku jambatan , paku keretapi , rantai kapal , sauh , beliung, cetar, gandar kereta lembu, andasan dan banyak lagi jenis peralatan lama. Biasanya jenis perlatan lama di atas mempunyai corak pamor yang menarik apabila dilakukan penempaan. Proses penempaan besi sebatang lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu melakukan proses penyembuhan beberapa jenis besi menjadi satu.

Proses membentuk "bakalan" akan mempengaruhi bentuk sebenar keris apabila dicanai kelak. Ini kerana lenggok dan ketebalan keris bermula daripada bentuk bakalan. Apabila bakalan dibuat terlalu nipis, ia biasanya tidak sesuai untuk keris melela kerana menyukarkan untuk melurah dengan dalam.

No comments: