Hari ini sudah ramai sahabat-sahabat yang mula meminati seni keris sama ada untuk hiasan atau atas kesedaran untuk kembali kepada leluhur warisan Melayu yang semakin terhakis. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya apabila kita mula meminati keris, belajarlah sedikit sebanyak rahsia penggunaan dan tipu helah dalam berkeris. Ini akan menjadikan rasa bangga kita dengan keris semakin meluap-luap. Kebijaksanaan pendekar dan tukang senjata Melayu banyak tersimpan di sebalik penempaan keris bermula dari bilah, hulu dan sampirnya.
Sehubungan itu juga bagi yang mengajar silat Melayu, adalah tidak lengkap sebenarnya mana-mana persilatan Melayu yang tidak mengajar ilmu perkerisan dan rahsia-rahsianya. Kerana Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kerisnya. Kembalikan maruah Melayu dengan kembali kepada akar budaya bangsa dan kekuatan aqidahnya. Silat dan keris boleh digunakan sebagai jalannya. Insyaallah tuhan akan merahmati perjuangan kita.
Sunday, June 29, 2008
Keris tanpa pendekar dan Pendekar tanpa keris
Posted by Mohd Nasir at 9:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam cikgu, saya juga ada sikit mempelajari seni silat melayu, ianya agak terkenal didaerah saya. saya belajar sejak umur belasan tahun lagi, start dari guru tua (rakan seperjuangan tok guru jantan anak bungsu tok bahaman), sekarang ia telah kembali kerahmatullah. dari dulu smp sekarang tak pernah saya diajar mengunakan keris. saya pernah bertanya kepada arwah guru saya mengenai permainan keris, dengan rinkas dia menjawab; gerak silat tangan kosong yang diajar memang ianya boleh diconvert ke permainan keris lagi pun saya (guru) tak ilmu nak sembuhkan kalau tertikan keris ketika bersilat.
lagi pun kata nya keris ni senjata agung, maknanya: hanya dicabut ketika sangat diperlukan dan bila dicabut dari sarung nya tidak ia disarung kembali kecuali dimandikan(munkin darah maksudnya). saya pun hairan juga, menurut kata orang permainan keris ni rahsia istana dan ia nya tidak diberi kepada orang diluar, dan satu lagi sekarag ni saya melihat berbagai2 tari dan langkah berkeris dar mana datang nya? atau ianya hanya direka2. begitu juga seni silat, sekarang ni saya tengok bermacam2 jenis silat dengan langkah2 yang sedikit berbeza, begitu juga buah ianya dengan senang dipamerkan kan. seingat saya dulu2 ketika nak smp perinkat utk mengambil buah tok guru siap standby sorang guard kat luar bangsal takut ade org scodeng dan curi buah, kenapa ianya jadi begitu.
silalah tunjuk ajar saya ni.. memang meminati seni keris dari pembuatan nya hinga pengunaan nye.
Post a Comment