sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, June 30, 2008

Kabel telefon kena curi

Dalam sehari dua ini kegiatan internet saya mengalami masalah sedikit. Ini kerana kemudahan streamyx kat rumah tak dapat digunakan kerana kabel telefon telah dicuri. Pihak TELEKOM tak pasti bila akan ganti kabel baru.

Buat masa ini saya hanya boleh menumpang sekali-sekali guna kemudahan internet kat sekolah. Harp sahabat-sahabat semua bersabar. Saya juga tak dapat bayar hutang kerana tak dapat guna khidmat Mayank2u.

InsyaAllah dalam sehari dua lagi semua masalah akan selesai.

Sunday, June 29, 2008

Keris tanpa pendekar dan Pendekar tanpa keris

Hari ini sudah ramai sahabat-sahabat yang mula meminati seni keris sama ada untuk hiasan atau atas kesedaran untuk kembali kepada leluhur warisan Melayu yang semakin terhakis. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya apabila kita mula meminati keris, belajarlah sedikit sebanyak rahsia penggunaan dan tipu helah dalam berkeris. Ini akan menjadikan rasa bangga kita dengan keris semakin meluap-luap. Kebijaksanaan pendekar dan tukang senjata Melayu banyak tersimpan di sebalik penempaan keris bermula dari bilah, hulu dan sampirnya.

Sehubungan itu juga bagi yang mengajar silat Melayu, adalah tidak lengkap sebenarnya mana-mana persilatan Melayu yang tidak mengajar ilmu perkerisan dan rahsia-rahsianya. Kerana Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kerisnya. Kembalikan maruah Melayu dengan kembali kepada akar budaya bangsa dan kekuatan aqidahnya. Silat dan keris boleh digunakan sebagai jalannya. Insyaallah tuhan akan merahmati perjuangan kita.

Friday, June 27, 2008

Keris Selit Sarung Gading Bilah Antik (SOLD OUT)











Keris Antik lok 5
Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah pamor 8 inci
Tatah perak celup emas
Gading putih dan bersih

Kemuning Kuning RM300.00 (




Kemuning Tempahan Sdr.Kamal



Inilah teras kemuning yang akan diposkan kepada seorang sahabat dari Temerloh iaitu Sdr Kamal. Beliau yang juga berkecimpung dalam pembuatan sarung senjata warisan telah meminta sedikit stok teras kemuning saya.

Kemuning ini mungkin akan dipos menggunakan bas Express kerana terlalu berat untuk menggunakan pos biasa.

Terima kasih atas cadangan....

Terima kasih kepada sahabatpsahabat yang sentiasa memantau blog saya. Terima kasih juga atas cadangan-cadangan bernas yang diberikan untuk menjadikan blog saya lebih menarik. Walau bagaimanapun saya lebih senang dengan cara sebegini, begitu juga dengan gambar-gambar keris yang dimasukkan dalam entry, saya lebih selesa mengukurnya dengan pita pengukur supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan pembeli. Terima kasih. Semoga budi baik saudara semua mendapat balasan baik daripadaAllah s.w.t

Thursday, June 26, 2008

Klon Parong Sari Antik RM2500.00


Panjang Keseluruhan 18 inci
Panjang mata 13 inci
Hulu kemuning
Sampir dan batang serunai halban

Wednesday, June 25, 2008

Anak Wali Antik RM500.00 (SOLD OUT)



Anak Wali Pamor Perak Antik
Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 8.5 inci

Tuesday, June 24, 2008

Bodek (sold out)






Monday, June 23, 2008

Keris Lok 7 Pamor cindai bulu ayam RM760.00 (SOLD OUT)









Pendokok Perak RM400.00 ( SOLD OUT )







Sesuai untuk saiz hulu yang agak besar
biasanya untuk bilah 15 hingga 16 inci.
Perak yang digunakan agak tebal dan kukuh.

Sunday, June 22, 2008

RM280.00 ( SOLD OUT )






Badik Kecil
Ulu, Sampir dan buntut gading
Panjang keseluruhan 5 inci
Bilah 3 inci

War-warkan keris di persada maya

Nampaknya saya tidak bersendirian di alam siber ini. Sokongan daripada sahabat dan juga peminat senjata warisan semakin bertambah. Pesanan saya kepada sahabat-sahabat semua jagalah adab sopan, kira bicara dan juga tertib. Semua orang mahukan keuntungan, tapi persahabatan, peraturan dan juga budi bahasa mesti dijunjung tinggi. Jangan hanya kerana sekelumit keuntungan kita sanggup menggadaikan etika dan maruah diri. Bukan nak mengajar atau berkhutbah tetapi ingin menjernihkan dunia perniagaan senjata warisan yang kadang-kadang meloyakan dengan pelbagai karenah pembelit.

Pertandingan......

Pertandingan keris merupakan satu pemangkin untuk memeriahkan dunia perkerisan. Dengan adanya pertandingan peluang untuk melihat keris-keris yang berkualiti terbuka luas. Pertandingan juga memberi peluang untuk pencinta senjata warisan kenal mengenal antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Dalam keadaan meriah ini juga peniaga-peniaga keris berpeluang untuk mempromosikan keris-keris jualan mereka. Walau bagaimanapun pandai-pandailah membuat penilaian, takut harga yang dibeli tidak ikut harga pasaran.

Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada penganjur yang berpenat-lelah membantu mengekalkan seni warisan bangsa Melayu.

Saturday, June 21, 2008

Badik RM300.00 ( SOLD OUT )






Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5 inci
Sampir/ulu kemuning
Batang serunai sena

Terima kasih TM ( En. Lokman Awang )



Orang kuat TM, En Lokman Awang merupakan orang yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan keris dengan kerjasama Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan.

Orang muda seperti inilah yang kita harapkan untuk memartabatkan seni warisan bangsa ke tempat yang sewajarnya. Terima kasih juga kerana memberikan cenderahati tanda kenang-kenagan kepada saya yang tak ada kena mengena pun dengan ajk pertandingan, sekadar menempel pada program sahaja.

Suasana Perandingan Keris di KB











Ini adalah antara foto-foto yang sempat saya rakamkan pagi tadi. Pagi tadi saya dilantik menjadi jurugambar tak rasmi pertandingan, jadi apa lagi pulunlah mengambil gambar sampai 400 keping lebih. InsyaAllah kalau talian internet saya laju sikit , akan saya uploadkan dalam galeri saya.

Keris Lok 7 RM350.00 ( SOLD OUT )



Keris Lok 7 pamor ( baru )
Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 10 inci

Friday, June 20, 2008

Thursday, June 19, 2008

Keris Melela

Perkataan melela bermaksud besi tidak berpamor. Pada hari ini jenis-jenis keris melela yang boleh didapati antaranya ialah:

1. Lurah Tulang bulat
2. Lurah biasa
3. Aring kedut
5. Lok Mayang
6. Melela unduk-unduk
7. Lok 3,5, 7 ,11, 13
8. Melela ganja iras
9. Melela pamor

Waalahualam

Wednesday, June 18, 2008

Tempahan Khas Tongkat Penawar Hitam Hulu Teras Gemuggal



Inilah antara hasil kerjatangan Tukang Ukir Muda Sdr.Man. Setelah ambil cuti daripada memasang mozek selama sehari, beliau telah menyiapkan dua hulu tongkat istimewa tempahan khas daripada saya.

Saya rasa inilah kali pertama tempahan sebegini pernah dibuat. Lihatlah saiz teras gemunggal tu.

Man Tukang Ukir Muda




Saudara Man merupakan seorang tukang ukir dan pembuat sampir yang berbakat. Hasil kerja tangannya amat mengkagumkan. Beliau mewarisi kerja ayahnya yang sudah uzur. Walau bagaimanapun dalam bidang mengukir Man tidak mempelajarinya secara khusus daripapada sesiapapun.
Sikap rendah diri dan senang didekati merupakan ciri-ciri jang jarang ditemui oleh seorang yang berbakat besar sepertinya. InsyaAllah kerjatangannya akan merentas negara.

Tuesday, June 17, 2008

Minyak Cendana AA+ untuk Rawatan Keris RM150.00



Minyak Pati Cendana . 10 ml
* Gred AA+
* Tidak dicampur alkohol/minyak/kelapa/
* Pati minyak dijamin asli 100 %
* Untuk menjimatkan boleh dicampur minyak- minyak lain
* Pertama kali dibungkus khusus untuk merawat keris
* Harga termasuk belanja pos dalam semenanjung