sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, June 01, 2008

Dunia Pertukangan besi dan kolektor

Dunia pertukangan besi dan kolektor senjata warisan merupakan 2 dunia yang berbeza. Bagi golongan tukang, ia bermula dengan pemilihan dan pengumpulan besi, kemudian barulah proses menempa dilakukan. Pada masa ini wujud pelbagai kategori tukang khasnya di negeri Kelanatan.

Kategori pertama ialah tukang yang mampu membuat semua kerja pertukangan, bermula dari pengumpulan besi, meneapa dan menggodam, melurah dan mencanai serta menyiapkan ulu dan sarung.Kategori yang kedua ialah tukang yang hanya mampu membuat bakalan, mencanai serta melurah.Manakala kategori yang ketiga ialah tukang yang hanya membuat kerja-kerja awalan iaitu membuat bentuk asas keris sebelum diserahkan kepada tukang lain.

Manakala bagai kolektor pula mereka bermula dengan pengumpulan duit, beli keris dan akhirnya berlakulah aktiviti kunjung mengunjung sesama rakan kolektor untuk membincangkan tentang kehebatan keris-keris yang dimiliki.

Alhamdulillah saya telah mula memperkenalkan Hanggoye ( Nasrul) kepada tukang-tukang besi untuk beliau turut merasai kesukaran bagi menyiapkan sebilah keris. Istimewanya pertemuan pertama beliau dengan tukang besi telah membuahkan hasil. Kesanggupan Tukang untuk menyiapkan keris peribadi mengikut amalan pertukangan leluhur merupakan satu bonus kepada pemain baru.

No comments: