Nilai kemuning Hitam amat tinggi di pasaran, terutama apabila sudah menjadi produk kraftangan. Di samping kecantikan kayunya ia juga mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Kalau di bandar Kota Bharu sebiji permata teras kemuning hitam sebesar jari kelingking kadang-kadang mencecah RM50.00. Walau pun ada yang mengatakan ia mahal tapi ia tetap laris dijual. Kenapa? Bukan senang untuk mendapatkannya. Bayangkan kesusahan pencari teras kemuning hitam yang mendapat 10 kg teras berkenaan sejauh 5 km di atas bukit atau di dalam gua di puncak bukit dan gunung.
Sanggupkah kita memikul 10 kg kayu untuk dibawa berjalan sejauh 5 km atau lebih menuruni bukit - bukau, tambahan pula bukanlah semudah yang dicakapkan untuk menjumpai teras bernilai emas ini. Kalau dapat terlalu besar mungkin tak boleh dibawa balik kerana terlalu berat dan sukar untuk menuruni bukit. Ia perlu dipotong terlebih dahulu, bayangkan kalau rantai chainsaw keluar percikan api dan selalu mati, kerasnya penebang balak sahaja yang tahu.
No comments:
Post a Comment