sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, November 04, 2008

Adab bersalam

Apabila hendak memulakan persembahan , jika dif utama atau orang yang diraikan duduk sama aras dan berdekatan dengan kawasan persembahan, sebaiknya bersalaman dahulu dengan mereka. Begitu juga bersalamlah dengan guru-guru yang ada, Jika terdapat guru tua salam, cium tangan dan peluklah mereka. Minta izin dengan mereka untuk mengadakan persembahan. Indah dan manisnya adat Melayu. Walau bagaimanapun ini semua bergantung pada kesesuain keadaan.

5 comments:

Anonymous said...

Mencium tangan seseorang kerana sifat zuhud, warak dan takwanya, sifat salihnya, kerana tinggi ilmunya, iaitu ilmu agamanya juga yang berkaitannya, termasuk orang tua-tua yang dihormati seperti ibu bapa dan sebagainya. Adalah makruh mencium tangan seseorang semata-mata kerana pangkatnya, kebesaran yang dimiliki, kerana keturunan atau gelaran dan sifat-sifat seumpamanya.

Dan haram perlakuan tunduk hormat yg bersamaan atau lebih rendah dari perlakuan ruku'. Ruku' dan sujud hanya untuk Allah swt saja...

Anonymous said...

Terima kasih atas coretan

Anonymous said...

Anonymous to Anonymous,

Di sebabkan itu orang bukan Islam ciptakan salaman "Hi~5". Salaman kamu pula bagaimana?

Sekiranya sujud dan ruku' adalah untuk Allah seperti yang kamu katakan..... Maka berdiri di atas dua kaki pula untuk siapa?

Perbuatan harus di sertakan dengan apa? Adakah solat itu tertakluk kepada pergerakan sahaja? Jika bergitu maka kenapa manusia tidak di jadikan seperti boneka tanpa Akal, Hati dan Roh. Fikirkanlah di situ ada jawapan bagi pertanyaan kamu.

Anonymous said...

to Anonymous II,

topiknya ialah adab bersalam, apa kejadahnya masuk perihal berdiri dan soal niat melakukan sesuatu??

saudara mesti ingat niat tidak menghalalkan cara...dalam Islam ada cara dan tertibnya serta tokma'ninahnya...jgn pakai hentam saja atau ikut2. Sebaik-baik ikutan ialah dari Junjungan kita Rasulullah saw. Saudara sila rujuk para ustaz atau orang yg berilmu agama. Tahukah saudara cara Rasulullah saw bersalam?

p/s: maaf cikgu nasir, sebab saya terpaksa layan org macam ini..

Anonymous said...

jangan terpedaya hanya kerana ingin mencari jalan pintas ke syurga...teliti latarbelakang seseorang guru itu. jangan tertipu dengan perkara mencarik adat yang didakwa karamah itu, padahal ia adalah sihir atau silap mata untuk mencari makan. Jangan terjunam ke dalam kultus.