sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, November 18, 2008

Pendokok

Pendokok ( mendak) ialah salah satu aksesori keris yang terdapat pada bahagian antara cicak dan hulu. Karektor sebilah keris dan empunya keris kadangkal boleh dilihat pada pendokok. ada yang dibuat dari emas, suasa, perak, tembaga dan besi. Jenis logam dan kerumitan ukiran melambangkan status seseorang. Ada yang berhias keterlaluan pada pendokoknya, samalah seperti kita memakai "make up" yang terlalau tebal. Kadangkala terlebih gincu dan sebagainya. Walau apapun pendokok merupakan aksesori penting bagi sesebilah keris.

Pada hari ini terdapat 2 kategori pendokok secara umum. Yang pertama ialah pendokok hasil kerja tangan tukang mahir. Manakala ketegori yang kedua ialah pendokok yang dibuat menggunakan acuan dan dibuat dalam kuantiti yang banyak. Terserahlah kepada yang empunya keris untuk memakaikan mekap jenis apa untuk keris kesayangannya.

No comments: