sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, November 22, 2008

Mengapa tak boleh berlawan...?

Ramai pesilat hari ini tak boleh berlawan atau bermain dalam ertikata yang sebenar. Mereka hanya pandai membuat buah, pukulan dan persembahan yang dirancang. Tidak ada gunanya jika pergerakan kita mantap, tapak rendah, tari cantik dan kemasnya kuncian hanya semasa bersama rakan yang menghulurkan penumbuk tapi tak bertindakbalas. Itu namanya latihan untuk anak-anak yang baru nak mengenal silat. Sebaiknya apabila penumbuk dah betul, penendang dah laju, kekuda dah rendah, lepaskan mereka untuk berlatih tempur yang sebenar sebaik sesi memanaskan badan dan sedikit pergerakan patern selesai dilakukan. Apalah gunanya jika pesilat kita hanya tangkas bercakap tentang kehebatan guru-gurunya tanpa mereka sendiri pernah merasa kehebatan ilmu guru mereka.



* Sebaiknya jurulatih mampu sparring dengan anak murid mereka. Jangan tunjuk dengan mulut sahaja. Tunjukkan secara amali. Di sinilah letakya kebijaksanaan seorang guru atau jurulatih. Jangan sembang jer lebih

5 comments:

syahir said...

betol betol betol... sokonggg kata cikgu tu. smile :)

Anonymous said...

Betul sangat tu cikgu.. tapi saya gentar betul bila bersilat dengan guru, pernah sekali bibir saya koyak termakan penampar cikgu ketika bersilat tapi, yang mushkil nya saya betul2 tak perasan dan tak sempat nak mengelak. pas tu terpikir kalau lah penumbuk yang hinggap jawapnya tertido sekijap agaknya. Al-Faatihah untuk guru.

Mohd Nasir said...

Itulah yang sepatutnya ada pada seorang guru, sebenarnya guru akan sentiasa sedetik di hdapan anak muridnya, Itulah anugerah allah pada guru.

Anonymous said...

bila sparring, saya berwaspada ada kalanye cikgu naik sheikh sampai tak ingat itu murid...ape pandangan cikgu...

salam

Anonymous said...

Sebagai guru ibarat harimau mengajar anak, atau kucing bergurau, mengigit bukan untuk membunuh, menampar ibarat menggosok, menyepak menggunakan tapak. Murid bukannya lawan guru. Hanya mendidik sahaja, membetul kesilapan. Kerana bermain dengan pakar anak murid lebih cepat pandai