sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, November 25, 2008

Semarak dunia perkerisan.

Satu perkembangan baik sedang berlaku dalam usaha pelestarian keris di Malaysia. Semakin banyak seminar-seminar diadakan untuk mebincangkan tentang keris dari pelbagai aspek. Namun khalayak yang terlibat masih terlalu kecil serta bertumpu pada pemain sedia ada. Walau apa pun kita patut bersyukur kerana usaha murni yang dilakukan oleh sahabat-sahabat telah berjaya mewujudkan dimensi baru yang lebih baik untuk pencinta seni warisan bangsa ini.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm wbt C Gu. Pandangan saya yg tak seberapa ini, ada beberapa faktor menyumbang kpd kegagalan menarik lebih ramai anggota masyarakat menghadiri semiar keris & sebagainya. Antaranya:
1. Tempat berlansung aktiviti harus di pindahkan ketempat awam. Pada penghujong tahun 80an dahulu, satu pameran keris telah di adakan di KOMTAR P Pinang. Kehadiran pengunjong agak memberansangkan
2, Aktiviti-aktiviti peminat/pengumpul keris jarang mendapat liputan media
3. Persatuan, jika ada pun, cuma melibatkan ahli-ahli sahaja
4, Perlu di di sokong oleh Kem Kesenian agar aktiviti pameran, pertandingan dapat di perbanyakkan, dan jika boleh, di buat sehingga keluar negara dgn liputan media yang luas
Saya ada mendengar cerita seorang pengukir dari Terengganu yang di amanahkan mengukir satu bangunan di sebuah institusi Pengajian Tinggi di United Kingdom dari mulut seorang sahabat. Jika benar, ini merupakan satu pengiktirafan yang tak terhingga dan setiap rakyat Malaysia, harus berasa bangga

Anonymous said...

kita juga kena ada pemain dari akhbar arus perdana,

N.H. Tay said...

Salam. Tumpang lalu. Saya pula berpendapat bahawa minat terhadap kesenian dan budaya serta senjataa warisan ni perlu dipupuk pada golongan remaja. Sayang ramai remaja zaman sekarang yang mencebikkan bibir apabila mendengar kisah mengenai keris dan senjata Melayu. Apatah lagi jika sebut pasal silat.

Anonymous said...

i agree your idea ! very nice blog