sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, November 24, 2008

Adab Belajar

Antara adab dalam belajar ialah sabar dan tidak terburu-buru. Tidak semua ilmu boleh kita perolehi dengan mudah dan dalam jangkamasa yang singkat. Sesuatu yang kita dapat secara mudah dan tergesa-gesa akan menghilangkan "jiwa" sesuatu ilmu itu sendiri. Penghayatan tidak mungkin berlaku dan kita akan ambil mudah tentang sesuatu yang dianggap sangat bernilai oleh guru. Kadang-kadang untuk memahami sesuatu perkara secara menyeluruh memakan masa sehingga puluhan tahun, sedangkan jika diungkapkan dalam perkataan hanya sekitar 100 patah perkataan sahaja. Persoalannya, kenapa guru begitu komited dan "menjadi" ilmunya? Sedangkan pada kita hanya satu perkara yang biasa-biasa sahaja. Itulah hakikat kemanisan ilmu yang dituntut dengan jiwa raga bukannya dengan dengan kemanisan kata-kata.

2 comments:

langkasuka said...

Salam Cgu,
sangat cantik ayat2 yang Cgu turunkan disini...alangkah indah nya jika pelajar yang tidak buta hati dapat memahaminya....minta izin untuk menggunakannya nanti...
peace

Anonymous said...

cool blog