Bagi peminat keris yang inginkan kelainan dan mempunyai bajet yang agak besar mereka bisanya inginkan keris yang berbatang serunai kemuning atau kayu-kayu lain yang lebih baik kualitinya. Sebenarnya orang-orang tua zaman dahulu amat memahami akan sifat kayu dan kegunaannya. Kayu-kayu keras seperti kemuning sebenarnya senang retak dan sukar diperolehi dalam saiz yang panjang. Faktor kedua ialah kadar serapan air yang tinggi bagi kayu sena juga amat baik untuk melambatkan proses pengaratan bilah berbanding dengan kemuning yang keras dan tidak menyerap air. Dalam jangka masa panjang kebanyakan batang serunai menggunakan kayu kemuning akan retak berbanding sena yang masih steady kerana kadar keporosannya yang tinggi.
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment