Kadang-kadang kita ingin membeli keris antik, malangnya kita menggunakan kaedah mengukur dengan jari untuk melihat kesesuaian. Selepas diukur kita mengatakan ia tak sesuai. Tak salah, tapi sedikit menunjukkan kedangkalan dalam mengumpul barangan antik. Perlu diingat bahawa keris itu bukan dibuat khusus untuk kita, ia milik orang lain yang mungkin karektor dan saiz badan yang jauh berbeza dari kita. Pokok pangkalnya sekarang kita membeli keris antik atau menempa keris peribadi. Jika kita membeli keris antik nilailah dari sudut keantikan, pamor, bangunan dan juga keutuhan bilah. Jangan ukur berkali-kali sehingga tuan keris mula rimas melihat kecetekan ilmu kita. ( berkarat )
Tuesday, November 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Hehehe..betul jugak tu Cikgu, saya ada jugak tengok orang dok sibuk² ukur panjang keris guna ibu jari.. kalau ganjil sesuai di buat untuk di bawak keluar sebagai senjata.. kalau genab sesuai di simpan di rumah sebagai pelaris peniagaan kaaa.. Saya pun berniat nak beli sebilah keris antik di Sabah ni.. tak tengok lagi kerisnya, nanti bleh la mintak tunjuk ajar cikgu.. katanya keris tu pernah bermandi darah, kena jinakkan dulu.. Wallahuallam..
Semasa di dalam pertarungan di antara Laksamana Dato' Hang Tuah dengan Panglima Raja Taming Sari..... Apabila Laksamana Hang Tuah berjaya mendapatkan keris dari genggaman Taming Sari..... Laksamana tidak membuat jempulan kiraan pada mata bilah Taming Sari sebelum mengunakannya. Sekira di buat kiraan jempulan pada saat pertanrungan hidup dan mati maka itu adalah suatu kebodohan teramat namanya dan tidak yakin terhadap ilmu yang ada dalam diri sendiri. Fikirkanlah.....
Maka apa yang penting adalah kebolehan melangkah senjata dan bukannya ukuran mahupun sukatan belaka.. Cuma lagi molek sekiranya pandai melangkah n ukuran pun sepadan.. permainan keris itu ilmu, manakala "ukuran" untuk keserasian itu petua..
Petua tetap petua ianya masih tidak dapat menjaminkan apa-apa. Maka nyawa dalam pertarungan harus di selamatkan dengan apa cara sekali pun. Bila tubuh tertikam parah kerana mengunakan petua. Lepas tertikam ke jantung atau ke mata misalnya nak gunakan petua apa pula? Ada satu petua sahaja. Bismillahi tawakla tu..... mati dan hidup ku adalah kerana mu Ya Allah...... Petua tanpa ilmu.... Ilmu tanpa petua..... Iman nak letak lagu mana? Mudah sahaja dalam apa setiap silat atau seni bela diri mana pun..... "Siapa cepat dia dapat dan Siapa pintar dia menang"
adapun petua itu adalah ilmu, yang mempunyai sebab musabab.. hanya kerana kita tidak mengetahui rasionalnya maka janganlah kita menidakkan pulak.. diberi nama petua sebab berasal dari ilmu yang tua, diturunkan oleh orang tua-tua, menjadi pelengkap tambahan kepada ilmu yang dipelajari. dalam erti kata lain, petua adalah ilmu rahsia yang hanya diajar kepada yang terpilih dan mungkin tuan bukanlah salah seorang daripadanya. memanglah ia tidak menjamin apa2 tetapi adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? ajal maut ditangan tuhan dan "bismillahi tawakaltu" semua orang sedia maklum, x perlu dikata.. cuma bila baru sekarang nak tanya iman letaknya di mana, maka apakah yang tuan telah pelajari selama ini??
bukan semua seni beladiri menggunakan konsep "siapa cepat dia dapat, siapa pintar dia menang", terutamanya tidak terpakai dalam silat pulut, langsung x boleh pakai konsep ni.. hehe..
Bagi saya pulak, orang yang lari paling laju lah yang selamat dalam pertarungan.
seribu cara untuk sampai kepada satu matlamat; keselamatan diri.yang penting apa cara terbaik dalam sesuatu keadaan itu.so, belajar, belajar, belajar, fahami, fahami, fahami, latih, latih dan latih. Peace to all.:-)
setuju dgn Drs SiddiQ,asyik mengira sesuai atau tidak..sesuai pula dgn cerita Laksamana Hang Tuah..bukan kiraan genap atau ganjil yg diutamakan...bergerak dengan izinNya..wallahuallam
assalammualaikum..
kebanyakan komen yang di berikan agak kelihatan menongkah arus dari kebiasaan.. saya agak bersetuju dengan pandanagan - pandangan tersebut ... malah ada terdapat sesetengah yang menganggap dengan memiliki keris yang hebat dari segi usia, bilangan makan darah, ukuran panjang , akan menjadikan pemiliknya juga hebat bertarung.
bagi pandangan saya yang cetek ilmu ini ...antara kesesuaian yang biasa saya lihat dari segi berat , tak berat untuk di gerakkan dan tak ringan, penggangan yang boleh di mudah di gerakkan. bagi saya tetap mengganggap kehebatan tuan keris bergantung kepada kecekapan permainan nya ... wallahhualam
Post a Comment