Sunday, November 30, 2008
Musim banjir dah bermula....
Nampak gayanya agak sukar untuk terconggok di bangsal tukang lagi. Hujan tak henti-henti. Sana sini mula kedengaran banyak kawasan ditenggelami air. Walau bagamanapun saya cuba sedaya upaya untuk membereskan tempahan sahabat semua.
Posted by Mohd Nasir at 8:11 AM 1 comments
Saturday, November 29, 2008
Hulu hitam ( kayu buwei) + pendokok baru RM100.00 (SOLD OUT) m.a
Posted by Mohd Nasir at 6:46 PM 1 comments
Perkongsian idea dan bahan
Percutian saya selama 4 hari ke Kl bermula 26,27,28 dan 29 hb November 2008 telah memberikan saya satu inspirasi baru untuk menyemarakkan dunia perkerisan. Antara idea baru hasil sembang-sembang dengan sahabat ialah berkongsi menggunakan design pendokok antik untuk pengeluaran baru. Diharap design pendokok berkualiti dapat memenuhu citarasa peminat senjata warisan.
Posted by Mohd Nasir at 3:26 AM 1 comments
Friday, November 28, 2008
Menepuk sampir.
Kadang-kadang ada juga bilah degil yang tak mahu keluar dari sarungnya. Ia sebenarnya tersangkut pada bahagian dalam tepi sampir. Tepuklah pada bahagian sampir dengan tepukan yang agak keras untuk melepaskan bahagian yang tersangkut. InsyaAllah jika ibu jari menolak sampir dan mencabut semula, ia sudah terlepas.
Posted by Mohd Nasir at 4:11 PM 0 comments
Jangan..jangan
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi/tembaga untuk membersihkan karat dari bilah keris. Ia akan meninggalkan kesan calar yang teruk pada bilah. Seeloknya hanya gunakan berus gigi sahaja. Selepas rendaman menggunakan cuka/air kelapa/kulit nanas biasanya masih terdapat sedikit karat tebal lama yang terdapat pada bilah. Jika kita tak pasti sama ada ia akan meninngalkan lubang atau tidak pada bilah biarkanlah ia di situ kerana kerat itu sudah mati dan tidak akan berkembang lagi.
Posted by Mohd Nasir at 4:03 PM 1 comments
Menjaga sampir/sarung
Kecenderungan pengumpul senjata warisan terkini yang semakin elitis iaitu tidak mahu sarung dishellac atau divarnish merisaukan tukang-tukang. Kayu kemuning hitam dan kuning mudah retak dan pecah jika terdedah keada panas dan suhu tinggi, lapisan shellac sebenarnya banyak menyelamatkan sarung daripada terjejas oleh suasana persekitaran. Jika kita ingin membawa keris dalam bonet kereta dan menempuh perjalanan yang jauh seeloknya bungkuslah dengan kain tuala lembap atau sebagainya jika ia tidak dishellac atau divarnish.
Posted by Mohd Nasir at 3:54 PM 1 comments
Jangan terlalu mengharap
Dalam apa jua bidang sama ada ilmu ataupun perniagaan, janganlah terlalu mengharapkan kita akan berjaya 100%. Adakalanya kita dapat membuat jualan dan adakalanya kita tidak berjaya. Jangan terlalu gembira jika kita berjaya dan jangan pula bersedih dan putus asa jika gagal. Ini semua adalah ketentuan yang tidak siapa dapat mengubahnya. Pengajarannya ialah, hanya kita yang berasakan kita bijak merancang ,sebenarnya Allahlah yang sehebat-hebat perancang.
Posted by Mohd Nasir at 3:47 PM 1 comments
Masa....
Kematangan bukan boleh dibuat-buat. Belajar mendengar juga satu cara yang baik dalam kaedah menuntut ilmu. Jangan tunjuk kepandaian kita di depan guru. Kerana ia akan menumpulkan semangat guru untuk mengajar kita. Sebagai penuntut salah satu hijab yang paling tebal ialah ilmu kita sendiri. Kadangkala guru akan tersenyum sendirian dan sesekali geleng kepala melihat gelagat kita yang sedikit kebdohan.
Posted by Mohd Nasir at 12:53 AM 1 comments
Thursday, November 27, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Promosi NO.001 Badik Lam Alif RM250.00 siap pos SOLD OUT (rz)
Posted by Mohd Nasir at 5:59 PM 1 comments
Promosi NO 005 Badik Besi sebatang RM180.00 SOLD OUT (b.m)
Posted by Mohd Nasir at 4:28 PM 5 comments
Promosi NO 003 Badik Berlok besi berpamor RM290.00 SOLD OUT (sh)
Posted by Mohd Nasir at 4:11 PM 1 comments
Promosi NO 004 Badik Besi berpamor RM270.00 SOLD OUT (RZ)
Badik besi berpamor
Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 10 inci
Hulu,sampir,buntut kayu kemuning
Sampir Kayu sena
Posted by Mohd Nasir at 4:00 PM 1 comments
Promosi NO 002 - Badik berangkut RM260.00 SOLD OUT (RZ)
Posted by Mohd Nasir at 3:47 PM 1 comments
Tuesday, November 25, 2008
Perasan....
Kadang-kadang kita perasan kita agak pandai dalam sesuatu bidang, kita melihat orang baru dengan satu pandangan sinis . Kadangkala kita terlupa jalan-jalan yang pernah kita lalui untuk sampai ke tahap sekarang. Ajar mereka dengan pengajaran, didik mereka dengan penddidikan. Niatkan di dalam sanubari, walaupun cara pengajaran mungkin menyakitkan,membosankan atau pun agak kejam ia adalah untuk menjadikan manusia itu insan. Jangan pula kita ditimpa perasan oleh sekelumit ilmu anugerah Allah.
Posted by Mohd Nasir at 4:37 PM 3 comments
Semarak dunia perkerisan.
Satu perkembangan baik sedang berlaku dalam usaha pelestarian keris di Malaysia. Semakin banyak seminar-seminar diadakan untuk mebincangkan tentang keris dari pelbagai aspek. Namun khalayak yang terlibat masih terlalu kecil serta bertumpu pada pemain sedia ada. Walau apa pun kita patut bersyukur kerana usaha murni yang dilakukan oleh sahabat-sahabat telah berjaya mewujudkan dimensi baru yang lebih baik untuk pencinta seni warisan bangsa ini.
Posted by Mohd Nasir at 9:13 AM 4 comments
Design Badik Sepat Kelantan
Posted by Mohd Nasir at 6:21 AM 1 comments
Monday, November 24, 2008
PENGUMUMAN
Saya akan berada di luar Kelantan selama 3 hari bermula 26, 27, 28. Insyaallah urusan akan berjalan seperti biasa pada 30 hb Nov . Sehubungan itu urusan pengeposan barang yang ditempah hanya sempat dilakukan pada hari ini sahaja. Diharap sahabat-sahabt semua boleh bersabar.
* Tempahan baru tak dapat disiapkan sepenuhnya kerana cuaca tidak mengizinkan untuk kerja-kerja varnish dan shellac. Harap maklum
Posted by Mohd Nasir at 5:20 PM 1 comments
Adab Belajar
Posted by Mohd Nasir at 3:50 PM 2 comments
Kunjungan Sahabat
Posted by Mohd Nasir at 3:32 PM 1 comments
Kunjungan Sahabat
Inilah sahabat saya ,En.Fawaz yang begitu mengkagumi falsafah Tajung dan Langkasuka. Saya hidangkan padanya puluhan keris,beserta 6 biji hulu tajong dan belasan hulu keris untuk santapan mata dan jiwa sempena kunjungan ke teratak saya. Semoga kunjungan singkat ini ada manafaat untuk dikongsi bersama.
Posted by Mohd Nasir at 3:23 PM 1 comments
Seminar Seni Ukir Kayu Tradisional Warisan Nik Rashidin Nik Hussin
Posted by Mohd Nasir at 12:09 AM 1 comments
Sunday, November 23, 2008
Nasihat menasihati
Yang tua sepatutnya menasihati yang muda. Yang muda pula dengar dan amati teguran. Orang muda pula boleh menegur orang tua, tetapi dengan cara yang bersopan. Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.
Posted by Mohd Nasir at 4:04 PM 2 comments
Saturday, November 22, 2008
Mengapa tak boleh berlawan...?
* Sebaiknya jurulatih mampu sparring dengan anak murid mereka. Jangan tunjuk dengan mulut sahaja. Tunjukkan secara amali. Di sinilah letakya kebijaksanaan seorang guru atau jurulatih. Jangan sembang jer lebih
Posted by Mohd Nasir at 3:53 PM 5 comments
Projek untuk sahabat
*********************************************************************************************************************************************************************
Posted by Mohd Nasir at 2:12 AM 1 comments
Friday, November 21, 2008
Kerambit yang berjasa ( not for sale )
Posted by Mohd Nasir at 6:35 AM 1 comments
Tempahan "A" untuk Isteri. Cincin Emas Permata Zamrud Lllit berlian
Posted by Mohd Nasir at 12:58 AM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
Intipati Kertas Kerja kat UM: ( sambungan)
Ilmu seorang usahawan keris di internet - Sentiasa berusaha dan ingin belajar. Walaupun tidak menguasai bidang IT seorang usahawan internet perlu banyak belajar sama ada melalui buku, seminar, kursus untuk memahami kaedah berbisnes yang betul.
Keluarkan sedikit modal untuk belajar cara pengiklanan yang betul, bukan bertenggek dalam chattingbox sedara kita dan mengajak mereka ke blog kita untuk membeli produk yang sama dengan sahabat kita. Belajar menarik trafik dengan cara yang betul.
Posted by Mohd Nasir at 2:44 PM 0 comments
Wednesday, November 19, 2008
Keris dan politik
Isu keris dalam politik amat besar dalam kontek negara Malaysia. Ia boleh menggugat kestabilan sesebuah kerajaan. Itu dalam kontek politik negara. Politik keris dalam persatuan, dalam perniagaan dan persahabatan juga tidak kurang hebatnya. Jika dilihat dari sudut politik ia amat menarik . Perlakuan manusia jika dihubungkait dengan keris amat pelik, pelbagai helah dan muslihat dipasang hanya kerana sebilah keris. Sehubungan itu jika memasuki bidang perkerisan kita sewajarnya memahami sedikit sebanyak politik dunia perkerisan, walaupun tidak mahu terlibat dalam politiknya.
Posted by Mohd Nasir at 4:45 PM 0 comments
Intipati Kertas Kerja kat UM: ( sambungan)
Antara lain isi kertas kerja tersebut ialah :
Modal-
seorang usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bisnes senjata warisan memerlukan modal yang mencukupi. Jangan hanya ada 10 bilah keris sahaja untuk diniagakan. Ini kerana ibarat sebuah kedai runcit keris kita perlu ada pelbagai jenis keris, saiz dan juga harga. Biarkan pelanggan membuat pilihan. Kalau tak laku tak apa, simpan sebagai koleksi sahaja.
* semasa pembentangan saya hanya sentuh sebahagian sahaja kerana kesuntukan masa
Posted by Mohd Nasir at 4:32 PM 0 comments