sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, October 02, 2007

Pakailah cincin sebagai perhiasan....

Bagi peminat cincin dan kawan-kawan yang mengemari batu permata janganlah mempercayai akan kelebihan dan khasiat batu permata secara berlebih-lebihan. Perkara pertama yang mesti ada dalam minda kita ialah memang Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu ada khasiat dan kelebihannya. Walau bagaimanapun janganlah kita lupa akan tipu daya dan muslihat para peniaga permata yang sanggup mengatakan apa sahaja asalkan mereka dapat jual sesuatu batu permata dan dapat untung.

Bayangkan jika benar kayu koka dapat menyembuhkan gigitan binatang bisa maka sudah tentu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggunakan koka mengantikan antidot sedia ada.

Begitu juga kayu koka dikatakan dapat menghalau hantu dan syaitan. sepanjang pengalaman saya dalam bidang persilatan dan perbomohan, itu semua adalah tidak benar. Saya suka menggunakan istilah Kelantan saya iaitu " bare tempek" tak akan memberi kesan apa-apa pada hantu dan syaitan kecuali amalan, kefahaman dan iktikad yang jazam sahaja dapat mengatasi gangguan makhluk halus. Sila komen

4 comments:

Sang Pencinta said...

Saya pegang apa hak cg bg tau, "Goni dia kenal kita sapa"..

Wallahualam..

cikgu nasir said...

Jangan sampai hebat batu lebih pada tuhan, Lahaulawala quwataillabilla hilaliyilaziim.

Sang Pencinta said...

Hanya SANG PENCINTA kenal akan yang DICINTANYA..

Unknown said...

Makhluk tidak boleh memberi manfaat atau mudharat tetapi disisi makhluk Allah taala letak mudharat atau manfaat. Bukan makhluk itu yang memberi mudharat atau manfaat, tetapi Allah taala. Makan nasi hukum adatnya kenyang dengan izin Allah tetapi jika Allah tak izin tak kenyang juga makan 10 pinggan pun. Begitu juga dengan perkara lain(batu cincin,dan apa sahaja), semua dengan izin-Nya."Kulli syai in bi sababa" setiap benda bersebab.Dan kita manusia diberi pilihan sama ada nak atau tidak.wallahua'lam