sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, October 19, 2007

Empu terkini...

Petang tadi selepas solat Jumaat saya tidak terus balik dari masjid, sebaliknya menunggu kawan saya Rozi untuk bertanyakan tukang sarung pisau melapah. Rozi bertanyakan adakah saya mempunyai kayu sendiri. Dia berjanji akan akan datang ke rumah petang nanti untuk mengambinya. Lepas makan tengahari saya mendapat panggilan dari emak saya di Kg Perupok kerana ada urusan. Saya bergegas balik dengan si Ain keran isteri sibuk menanda kertas peperiksaan pelajar.

Sebaik sampai di rumah Mak, Pak mertua telefon, Rozi dah datang ke rumah. Saya suruh dia balik dulu. Usai urusan keluarga saya tinggalkan si Ain bersama emak-emak saudaranya yang masih lagi bercuti raya. Saya balik ke rumah dan singgah mengambil Rozi yang dah pun sampai ke rumahnya.

Rupa-rupanya rakan saya ni sedang belajar membuat sarung pisau. Hasil kerja tangannya walaupun baru, tapi boleh tahan juga .

Sebenarnya saya diamanahkan oleh Bapa saudara saya untuk menyiapkan sarung pisau melapahnya yang amat disayangi. Sembang punya sembang akhirnya dia telah menceritakan tentang seorang empu yang selalu dikunjunginya . Empu ini tinggal berdekatan sahaja dengan rumah saya lebih kurang 2 kilometer. Saya rasa sungguh seronok. Ini kerana empu-empu tua di kampug saya, seorang telah meninggal dunia tahun lepas dan seorang lagi telah tutup bangsal kerana uzur.

Semasa bertugas di negeri Perak boleh dikatakan jika kelapangan saya sentiasa berada di rumah empu Hj.Yunus di Kg Paloh , Layang-layang kiri. Belajar menempa besi sikit-sikit, tapi tak sempat pandai, belajar buat sampir tetapi hasilnya menyakitkan mata. Jadi, untuk senang lebih baik upah sahaja mereka yang berbakat.

Saya masih lagi menyimpan beberapa bilah senjata hasil kerja tangan Hj Yunus. Sebilah pedang panjang, sebilah pisau melapah, 2 bilah kerambit dan 1 bilah pisau yang dihasilkan secara tergesa-gesa bila diketahui saya akan bertukar ke Kelantan. (disiapkan dalam masa 1 hari untuk dihadiahkan kepada saya) Katanya jika ingatkan dia lihatlah pisau yang dihadiahkan kepada saya.

Saya sempat juga melihat hasil kerja tangan empu baru ni. Dari segi campuran dan penyembuhan besi kerja tangannya agak bagus. Cuma dari segi design masih terdapat sedikit kelemahan. Ini semua tidak menjadi masalah kerana proses belajar di lapangan sedang berlaku dan Insyaallah satu hari nanti ia bakal menjadi empu yang tersohor.

No comments: