sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, October 25, 2007

Bisnes kristal.

Sejak kebelakangan ini saya banyak mendapat tempahan permata daripada rakan-rakan guru di sekolah. Ramai juga yang memarahi saya kerana berniaga permata acuh tak acuh. Ini kerana ramai yang telah terpedaya kerana membeli permata yang tidak berkualiti serta tertipu oleh penjual permata yang sering berkunjung ke sekolah. Sekarang ni saya menjadi tempat rujukan rakan-rakan apabila nak membeli permata. ( pakar rujukan tak diiktiraf gemstones societies)

Harga yang ditawarkan oleh penjual ini adalah sangat tinggi berbanding harga sebenar kristal di pasaran. Sebagai contoh permata kynite ( hampir menyerupai blue sapphire) dijual dengan harga sapphire. Jika kynite harganya cuma RM40.00 tetapi dijual dengan harga blue sapphire harganya melambung sehingga RM500.00.

Kynite juga tidak berapa sesuai untuk dijadikan hiasan bagi mereka yang lasak. Ini kerana kekerasannya mengikut skala Moha ialah sekitar 4.5 hingga 5 sahaja. Kerana itu ia mudah calar dan retak.

Antara kristal yang mendapat permintaan tinggi ialah citrine, aquamarine, garnet dan amethyst serta zamrud. Bagi guru-guru wanita mereka lebih menggemari citrine 6.0k hinga 10.0k serta zamrud sekitar 1.5k hingga 3.0k.

Manakala bagi lelaki saiz permata yang sesuai ialah sekitar 13k ke atas. Jika saudara ingin membeli permata yang harganya ribuan ringgit janganlah tergesa-gesa. Ambil sedikit masa untuk menilai keaslian permata itu. Jangan mudah terpedaya dengan penjual permata. Buat tinjauan dibeberapa kedai . Ambil masa lagi lebih kurang dua tiga hari, Walaupun hati saudara sudah berkenan sangat-sangat dan wang sudah pun ada dalam poket. Jangan beli lagi. Ambil sedikit masa lagi sekurang-kurangnya 2,3 hari untuk membuat keputusan.Tanya mereka yang lebih arif. Pastikan anda tidak akan menyesal dengan permata yang anda beli.

No comments: