sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, October 06, 2007

Lagak Pendekar

Bagaimanakah sepatutnya seorang pendekar membawa dirinya dalam masyarakat moden hari ini. Sebagai seorang yang terlibat secara serius dalam silat selama 27 tahun saya ingin berkongsi pendapat dengan saudara semua. Saya berasa malu apabila melihat anak-anak muda yang baru setahun jagung bersilat berjalan dengan lagak ayam jantan. Gayanya hampir sama dengan ahli wrestling WWF di atas gelanggang. Bagi saya semakin lama kita belajar silat sepatutnya kita semakin takut dan semakin tunduk kita kepada kebesaran Allah. Apa yang ada pada kita hanya sekelumit ilmu pemberian Allah yang menjadi Amanah maha berat untuk dipikul, bukan unutk dibangga-banggakan.

Pada pertandingan silat sekolah-sekolah peringkat Kebangsaan di Kota Bharu baru-baru ini saya berasa teruja dengan satu peristiwa cabar mencabar antara jurulatih silat. Panas baran jurulatih ini mungkin bersebab. Tapi ia telah meninggalkan imej buruk pada pemerhati dan juga ibu bapa yang tidak bersilat.

Pada masa yang sama juga saya turut memerhatikan gelagat Pak Ngah Izahar yang merupakan guru Tua dalam Gayong Malaysia yang sebenarnya menjadi tempat rujukan utama ilmu gayong masa kini. Pak Ngah dengan selamba sahaja bergaul dalam orang ramai dengan memakai t.shirt (tidak pakai pakaian silat seperti bersongkok) dan sedikit pun tidak menggambarkan dia seorang yang ternama dalam alam persilatan. Ramai orang tidak sedar dengan siapa mereka bersembang dan akhirnya mereka malu dengan diri sendiri setelah mengetahui orang yang berada di depan mereka ialah Pak Ngah Izahar Batu Kurau.

Bandingkan dengan pembawaan kita sehari-hari. Renung-renungkan.

No comments: