Seorang guru sedang minum pagi bersama seorang muridnya di sebuah kedai kopi. Mereka memesan 2 cawan kopi panas. Setelah kopi yang dipesan sampai. Guru bertanyakan kepada anak muridnya bagaimana hendak membezakan antara kopi, susu, air dan gula dalam satu cawan. Sambil guru mengacau kopinya dengan laju dan tersenyum. Murid geleng-geleng kepala 2 kali. Guru tersenyum lagi dan berkata kalau begitu bagaimana kamu nak beramal dengan ilmu yang dipelajari kerana tidak dapat membezakan sesuatu sama ada baik atau buruk. Anak murid berasa sedih atas kata-kata gurunya.
* Jika sahabat ingin membantu anak murid berkenaan bolehlah memberikan jawapannya dalam ruangan komen. Terima kasih, sama-samalah kita membantu diri sendiri.
Saturday, December 13, 2008
Sekadar cerita: ( teka teki pagi ahad)
Posted by Mohd Nasir at 4:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
dalam sekali soalan yang ditanya,sesuai dgn umur murid...agaknyer ada tak yg boleh membantu...sy dendiri pon tak ketahuan...
dapat diskaun apa2 ker cikgu kalau dapat jawab teka-teki ni?
Diskaun tak adalah, kalau bonus utk kakitangan kerajaan adalah sikit utk hujung bulan ni.
kopi berwarna hitam.susu dan gula memaniskan kopi, tapi susu mengubah warna kopi , gula tidak.
Dah hampir-hampir jawaban tu, tapi belum betul-betul tepat. Cuba lagi tanya hati sendiri jangan fikir
saya kalau minum rasa manis dan sedap, saya tak ingat dah kepada kopi, susu, air, gula atau cawan tu sekalipun. ;-)
Itu yang jadi susah. Kerana campurannyalah menyebabkan kita lupa asal usul
salam
bagi saya yg kurang arif ni, kita kena kenal setiap unsur yg bercampur tu, kenal kopi dgn ilmu, spt warna, bau, rasa dan rupa. Gula, air, susu dan bekas....pun sama. Sifat ilmu, samak dan basar.......
Dah dekat tu, semakin berkembang pengetahuan. Itulah untungnya berkongsi pendapat.Dah betul tapi masih lagi sipi.
bertemu manis melalui kopi, gula, susu dan air dalam sebuah cawan.semua bersatu tetapi tidak bersekutu. kopi tetap kopi, gula tetap gula, susu tetap susu, air tetap air, cawan tetap cawan. sedapnya kemanisan itu.
carilah Dia melalui nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Dia dan nama-namaNya serta sifat-sifatNya bersatu tetapi tidak bersekutu. nama-namaNya dan sifat-sifatNya hanyalah alat-alat untuk menunjukkan WujudNya.
memang benarlah apa yang dikata...setiap kata berlapis makna..umpama sebiji kelapa...masih dekat sabut berpusing2 tak kemana..perlukan tunjuk ajar & nasihat..kpd yg membantu terima kasih,terbuka ilmu kerna bertanya,manfaat ilmu kerna diamalkan
jawapannya cikgu?
Kita kena minum, yang manis itu gula, yang lemak itu itu susu, yang pahit itu kopi, yang panas/sejuk itu air .
* semuanya dapat dibezakan melalui pengalaman. bukan dengan cakap. kerana kita tak boleh menceritakan bagaimana "rupa" manis . melainkan masing-masing dah rasa bagaimana "rupa" manis.
Terima kasih kerana memberi perhatian pada teka teki yang entah apa-apa ini.
sukran
ambo faham sikit2 jawapan dr cikgu tu....amal, ibadah dan ilmu tu seiring dgn pengalaman, bukan sekadar cakap x serupa bikin...perhati dan amat-amati.
Tepat sekali. Tahniah
ambo baru dok pikiaq,apa jwpan dia..x dan nak pikiaq..
dh ada jawapan..pikiaq oh pikiaq..
hehehe..tq ckgu..
memang benar kata guru"
pengalaman itu tidak ternilai n bkan ntok d jual beli"..
hehehehe lg..
Post a Comment