Babak 1 : Kadang-kadang ada anak murid yang tak boleh menerima pegangan gurunya. Pada perkiraannya pegangan gurunya adalah salah dan sesat.Ini berlaku apabila telah berjumpa dengan guru baru yang dianggap hebat, bijak dan dapat memberikan kekayaan. Ia terus membuang jauh-jauh guru lamanya yang telah membimbingnya sejak dari zaman kanak-kanak bermula dari kosong hinggalah menjadi bijak pandai.Pada sangkaannya ia telah mendapat gading bertuah maka tanduk tidak berguna lagi. Ia juga menghasut sahabat-sahabatnya agar memulau dan menjauhkan diri dari bekas gurunya.
Babak 2 : Guru tidak berasa apa-apa kerugian. Walau bagaimanapun amar maaruf nahi mungkar adalah tanggungjawab kita semua. Nasihat-menasihati sudah menjadi tugas seorang guru dan sesiapa sahaja yang berasa bertanggungjawab.
Babak 3 : Nasihat daripada guru lama tidak pernah diendahkan,walaupun gading yang dipuja telah mula kehitaman. Semua kata-kata guru lama juga sudah mula menampakkan kebenaran, tapi apakan daya kerana mengejar kemewahan dan silau oleh wang ringgit, kewarasan tidak lagi berada di hadapan.
Wednesday, December 10, 2008
Adab dan biadap
Posted by Mohd Nasir at 2:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,
Post a Comment