Membentuk satu kelompok pengikut sendiri adalah satu cara yang baik dalam perniagaan di internet. Tampilkan pelbagai pembaharuan dalam bidang yang anda ceburi, buatlah suatu pembaharuan dan bukan hanya menjadi pengikut. Contoh yang relevan ialah apabila penyanyi Siti Nurhaliza berjaya maka ramai yang mengikuti lenggok dan cara Siti menyanyi, sebenarnya ia hanya menambahkan populariti Siti dan akhirnya semua klon-klon Siti Nurhaliza sudah hilang dari persada dunia hiburan tanah air. Sehubungan itu buatlah sedikit kajian, pembacaan dan juga muzakarah untuk menambah ilmu. Jika sesuatu kerja yang dibuat dengan ilmu maka hasilnya juga tentu lebih baik daripada kerja yang dibuat berdasarkan nafsu dan motif keuntungan semata-mata.
Thursday, December 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
where you come from!
Post a Comment