Kadang-kadang kita tertarik membeli permata kerana kilauannya. Ia tambah cantik bila disuluh oleh cahaya lampu dan balikan cermin dalam kedai emas atau kedai permata. Ada juga penjual yang menggunakan teknik suluhan lampu picit kecil untuk menunjukkan kecantikan air yang terdapat dalam batu permata, ada juga yang mengsyorkan pelanggan agar membawa pada suluhan cahaya matahari untuk melihat "star" yang wujud pada sesuatu permata. Biasanya bila sudah jadi milik kita dan dibawa keluar dari kedai kilauannya tidak seberapa.
Batu permata yang baik dan cantik tidak memerlukan semua perkara di atas, ia sentiasa menawan dan cantik. Logiknya takkan kita nak memakainya di tengah cahaya matahari baru kelihatan cantik, atau sentiasa berada dalam bilik yang penuh bercahaya atau orang ramai perlu menyuluh jari kita dengan lampu picit untuk melihat cicncin kita.
2 comments:
Amat bersetuju dengan pandangan cikgu terhadap batu2 permata.-fairuz
can u leave ur phone number to me???
Post a Comment