Apakah menjadi kesalahan jika seorang yang tidak bertitle ustaz bercakap tentang agama terutamanya soal-soal tasauf dan ketuhanan, bukankah agama Islam itu anutan kita. Apakah kecenderungan orang-orang silat untuk belajar tasauf itu salah, kerana ada suara-suara sumbang mengatakan ramai yang jadi gila kerana belajar ilmu-ilmu ketuhanan dalam silat . Terkedu juga saya seketika kerana kenyataan-kenyataan sebegini menampakkan bahawa ilmu agama dan tasauf seolah-olah milik mutlak ustaz dan ustazah sahaja.
Saya ingin bertanya kembali ;
1. Apakah semua orang yang sakit mental di wad-wad bahagia diseluruh dunia belajar silat dan ilmu ketuhanan.
2. Apakah dalam bidang-bidang ilmu lain tidak wujud rahsia kehebatan Tuhan.
3. Berapa ramai orang sesat dalam agama jika dibandingkan antara orang yang bersilat dengan bukan bersilat.
4. Apakah orang bersilat itu hanya dihadkan belajar agama dari guru silatnya sahaja dan tidak mampu bergerak kemana-mana tempat untuk belajar tasauf dan ilmu ketuhanan.
5. Berapa ramai ustaz dan ustazah yang betul-betul memahami metafizik/tasauf dengan baik.
Mungkin entry kali ini akan agak kasar bagi sesetengah makhluk Allah, tapi fikiran yang negatif ini perlu diberi cas supaya ia menjadi positif. Sejarah telahpun membuktikan bahawa golongan silat pernah berjasa pada umat Melayu di Malaysia apabila berlakunya pertelingkahan kaum satu waktu dahulu. Tolong betulkan dahulu kaki mabuk, mat rempit, kaki disko, murtad, menutup aurat, pergaulan bebas dan banyak lagi sebelum busuk hati kepada ahli silat yang minat untuk mengenal dirinya disebar luaskan tanpa rasa bersalah.
Tuesday, September 16, 2008
Salahkah jika......
Posted by Mohd Nasir at 9:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
100% setuju cikgu.. ada tu yg tak pernah belajar langsung tetapi mengutuk lebih2 atas apa yg mereka tidak tahu..
Lantak dia orang lah cikgu kalau boleh semua yang dia orang nak politikan, lain pada mereka semua sesat ...
Yang penting wahadah , bila nak jadi iman mereka la dulu bila tanya bab wahadah tak tau pulak .
Mungkin kelemahan kita jugak cikgu tak bleh berbahasa arab .Tak nampak warak dimata mereka kalau terlebih warak pon dikatakan jugak .Habis biar kan aja mungkin dugaan dari tuhan ...
tak kasar pun cikgu, sedang-sedang saja. Memang betul pun yang cikgu cakapkan.
Saya setuju dgn pendapat Cikgu. Mereka yg bergelar ustaz atau ustazah ini pun bukan mahir dlm semua bidang agama. Bidang ilmu tasauf adalah satu bidang ilmu yg mendalam yg melangkaui batas akal yg hanya boleh dicapai dgn amalan kerohanian. Ia sememangnya ilmu metafizikal.
Kalau nak berbincang ilmu tasauf secara mendalam pun perlulah dgn ahli2nya yg merupakan orang2 yg tersingkap hijab hatinya dgn rahmat Allah Taala jua. Dlm tasauf ini berbeza orang yg berilmu berdasarkan kepandaian akal semata2 dgn kepandaian melalui mukasyafah iaitu laduniah. Ini sedikit komen saya yg tak seberapa sebagai seorang fakir ilmu.
Salam cikgu, betullah spt apa yang dikatakan oleh cikgu tu. Senyum ajerlah cikguuuu. :)
Guru saya ada berpesan dahulu ' Jangan berdebat dengan orang yang jahil, nanti dengan kita2 sekali jadi jahil' Ilmu Allah itu luas, teramatlah luas, siapalah kita nak menjatuhkan hukum kepada mahluk lain. Pengalaman bertembung dengan orang2 sebegini juga adalah salah satu latihan daripada Allah Taala kepada kita, redha ajakan cikgu, tak luakkan pun.
(Firman Allah Taala : Hairan aku melihat hambaku, pandai berkata2 lembut, pandai memberi petua2 yang berguna, banyak hadis yang diketahui, pandai dalam ilmu hikmat dan mengetahui petua2 yang halus, tetapi hatinya ada menyimpan perasaan dendam, hasad dengki, sayangkan harta, cintakan kemuliaan, sayangkan kemegahan, inginkan namanya terkenal, selalu mengharapkan pujian manusia dan takut dicela oleh manusia - itulah hambaKu yang bergelar ibu Iblis yang mengikuti lenggok anaknya. Apabila kita menemui orang alim yang bersifat demikian, janganlah kita belajar dan menuntut ilmu kepadanya yang membawa (mewarisi) ilmu syaitan.)
Guru saya ada berpesan dahulu ' Pembetulan -
Jangan berdebat dengan orang yang jahil, nanti dengan kita2 sekali jadi jahil.
Ilmu Allah itu luas, teramatlah luas, siapalah kita nak menjatuhkan hukum kepada mahluk lain. Pengalaman bertembung dengan orang2 sebegini juga adalah salah satu latihan daripada Allah Taala kepada kita, redha ajakan cikgu, tak luakkan pun.
saya menyokong cikgu... maklumlah makin kita di penghujung zaman ni fitnah makin berleluasa golongan awal yang akan terpesong dah tentu la golongan ustaz ustazah ni sebab bila diorang dah sesat mudah la anak-anak buah ikut skali.mcm keretapi gerabak akan ikut kepala kalo kepala masuk gaung semua pun terjun la.
Fikir dulu sebelum cakap. Saya terpanggil utk bercakap bila merasakan ada sesuatu yang tidak tepat dan tidak betul diperkatakan sesedap rasa.Tuan-tuan sekalian, andai sebiji durian busuk, jgn dicerca sebakul durian,termasuk bakul-bakulnya sekali.Yang busuk memang busuk, tapi usah dinafikan yang elok.
"golongan awal yg akan terpesong dah tentu la golongan ustaz ustazah ni sebab bila diorang dah sesat mudah la anak-anak buah ikut sekali".Cantik sungguh statement ini... Tuan zainal faham ke maksud ustaz ustazah tu??
Salam, indah sungguh ramadan kali ini. ustazah daif sihat ari ni ye. munkin saudara zainal kita tersasul kut.. ustaz ustazah pun ada banyak ketogari nya, munkin yang dimaksudkan nye yang ajaran sesat tu.. alaa encik zainal ni pun satu.. tersalah taip ke?
Assalamualaikum, jgn nak heret ustaz dan ustazah dlm kemelut ini. Siapa yang sebenarnya menghukum orang silat sesat? Saudara Zainal, betul ke yang memulakan dulu polemik ini golongan ustaz dan ustazah? Saya nak tanya, Hassan anak rimau, ripin besut, dia orang tu ustaz ke ustazah? Kalau orang silat nak bertasauf, silakan. Ini ilmu semjua orang, tp jangan mudah nak menuduh.
aik, ada juga ustaz dan ustazah yang meloncat ya? Berilah nasihat secara berhikmah kepada kawan2. Saya juga tak nafikan terdapat ustaz dan ustazah yang perasantantantan. Hati2 dengan ujub dan riyak. Jangan bersangka2.
Mentang2 dah ada title ustaz dan ustazah, terasa bagus dan dijamin syurga pulak. alih2 kat padang masyar bangkrap.
Hati2 dengan riyak dan ujub ni ya ustaz dan ustazah. Kome paling dulu disoal jawap berbanding kami pengembara2 ilmu ni. Kami belajar sedangkan kamu mengajar. Renung dalam2....
Islam itu cara hidup. Utk selamat, jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sbg panduan ... Tak perlu taksub dgn apa yg ada. Sehebat manapun kita samada ustaz ke, tuan guru ke, mahaguru ke, ke tanah jua akhirnya. Kita perlukan panduan alim-ulamak yg berperanan menanam tunjang Aqidah yg sahih dan menjadi obor seruan jihad kpd pesilat2 kita. Maknanya, kalu ada kekeliruan, berhujjahlah secara baik... Mungkin dia tersilap, kita betul atau sebaliknya. Itu je... Peace
Assalammualaikum Cikgu,
biasa la tu ulamak feqah.. byk komplen dari membina. Teruskan usaha cikgu mengembangkan silat. Harap ramai lagi orang Melayu kembali belajar silat, walaupun tak minat, at least ambik jugak la asas untuk pertahanan diri dan sama sedikit memikul khazanah bangsa untuk generasi masa depan.
pengajian ilmu tasawuf/tarekat ni memang senang disalah ertikan.. tambah pulak yang memang tak berapa memahami bidang2 ni. saya pegang satu jer..selagi amalan2 tu memuji nama Allah dan segala suruhan dan perintah Allah & Nabi diikuti.. takda yang salah.
Saudara lipas, saudara dulu yang menuduh golongan ustaz dan ustazah ini, tp siapa sebenarnya yg menuduh golongan silat ni sesat? Golongan ustaz dan ustazah ke? Saya ustaz, tp saya kenal cikgu Nasir, byk keris saya beli drpnya, pernah 2 kali bertandang kerumahnya, saya tak pernah kata orang silat ni sesat. Kenapa bila ada yang menuduh sesat, golongan ustaz dulu yang disangka membuat tuduhan?
saudara lipas,
Sapa yg riak, sapa yg ujub? Berkali-kali saya baca komen ustazah dhaif, tak jumpa pun riak dan ujub tu.Meloncat? Perasan? Lipas le kot??
ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق
ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق
ومن جمع بينهما فقد تحقق
Dan barangsiapa belajar ilmu Tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu Fekah menjadi zindik,
Dan barangsiapa belajar ilmu Fekah tetapi tidak belajar ilmu Tasawwuf menjadi fasik,
Dan barangsiapa menghimpunkan keduanya maka jadilah ia muhaqqiq.
(Imam Malik, Kitab Sirus-Saalikiin, Juzuk 1:10)
Sahabat, Kembalilah kepada Al-Quran..tentu selamat..
masalah kita sekarang ni suka sangat belajar benda yang pelik..kita ni sapa.?
kita ni umat Nabi Muhammad..
ikut Syariat Nabi Muhammad sudah cukup untuk selamatkan kita di Akhirat kelak..
Post a Comment