Menjelang sambutan aidil fitri, saya tak mahu fikiran sahabat semua asyik terkenangkan keris-keris yang mengancam sukma dlm blog ini. Jadi saya masukkan entry-entry yang saya anggap boleh menambah sedikit bekalan sepanjang perjalanan hidup sahabat pengunjung semua.
Saya menpunyai banyak stok yang belum dilihat oleh sesiapa lagi. Kejutan yang bakal menyusul lepas raya ialah keris-keris melela, pedang,kerambit, zamrud-zamrud yang bakal mengegarkan sukma.
Walau apa pun , kita tumpukan kepada persiapan raya anak-anak dahulu. Semoga perjalanan hidup sahabat semua tenang dan indah .
" Wujudkah manusia jika tanpa kepalanya" - Jangan tanya saya jawapannya. Fikir dan carilah sendiri.
Thursday, September 25, 2008
Banyak produk akan muncul lepas raya
Posted by Mohd Nasir at 7:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
skum cikgu nasir, saya nak tanya sikit bleh, soalan saya nie bodoh je, tp nak tahu gak kalau2 akan ada kesan lain...
kalaulah saya lebur apakah besi atau bahan yang biasa digunakan untuk membuat mata kapak, parang, dan keris.
kemudian, ketiga2 mata itu dileburkan kembali kemudian dibentuk kembali menjadi satu bilah keris sahaja (yang berkemungkinan saiz keris itu akan menjadi sedikit besar dari yang biasanya)
soalan saya
1. Adakah kekuatan (kekerasan) besi/mata/bilah keris itu lebih dari bilah keris yang sebelumnya (sebelum di campur ketiga-tiga besi tersebut)
2. Mustahil ke untuk perkara ini dilakukan?
maaf, ada sedikit typo errors...
Biasanya senjata lam yang nak dileburkan mestilah memiliki pamor yang dan urat besi yang cantik, jika keris yang nak dilen\bur itu kurang baik besinya, sayarasa merugikan sahaja, kerana kerja mencapurkan besi-besi itu agak memakan kos.
Campuran 3 jenis atau lebih belum tentu menjadiklan sesebilah keris itu kuat, kadang-kadang percampuran tidak sebati, ia menjadikan keris mudah patah dan serpih, tidak musathil dibuat, tapi kena ambil kira banyak aspek.
Salam aidil fitri dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi. Moga suatu masa kita berjumpa Insya-Allah ...
Post a Comment