sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, September 16, 2008

Melela Pamor Lok 5 Sampir Kusriwo RM1800.00 ( SOLD OUT)









Melela Pamor (unik) lok 5
Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10 inci
Sampir kusriwo Kemuning tua
Hulu Kemuning
Batang serunai sena












14 comments:

Anonymous said...

comelnyo keris ni.. hihihi

Warid Mihat said...

lawa gak r paih, aku suka part mata keris tu, besi dia macam berukir...

Anonymous said...

ni pamor apo ni cikgu?

Anonymous said...

ni used ke baru? mcm baru je

Anonymous said...

Pada suatu hari nanti Keris ini akan menjadi sebuah koleksi yang amat berharga. Bagi yang memahami keris dan kesulitan membuat sesebilah keris. Maka keris seperti ini yang mana hasilnya adalah 101% kerja tangan oleh perajin Kelantan adalah menakjubkan. Setiap orang yang berkemampuan boleh memiliki besi dan kayu...... Tetapi kemampuan wang ringgit tidak boleh memastikan kerja tangan yang baik. Kerja tangan yang baik mengambil ilmu, pengalaman, kesihatan, ketenangan, semangat, keriativiti dan mood yang baik. Soalannya sama ada ianya keris baru atau lama tidak seharusnya wujud bagi yang mengerti keris. Apa yang harus di utamakan adalah...... Adakah ia sebuah keris yang baik? Sekira benar maka di manakah perletakkannya. Di manakah potential kedudukan keris tersebut 10, 20, 30, 100 hingga 200 tahun yang akan datang? Bagaimana pula dengan Negeri Kelantan? Dan bagaimana pula dengan kedudukan keris 101% buatan kelantan di dalam dunia perkerisan yang mana prtukang-petukang handalan dan berwibawa semakin tahun semakin berkurangan. Jika kita sebagai peminat dan pencinta keris tidak dapat melihat dan membezakan daripada kesemua aspek tersebut di dalam warisan bangsa dunia perkerisan kita. Maka tidak terlewat bagi kita untuk mula memikirkan dan mencorak masa hadapan dunia perkerisan MELAYU dan ekonomi petukang-pertukang dan perajin-perajin keraftangan Negeri Kelantan. Fikirkanlah masa hadapan keris dan bukan sekadar usia keris itu semata-mata. Kita masih belum terlewat dan tiada ruginya kita mengiktirafkan kehebatan kerja tangan bangsa kita di dalam pembuatan keris khususnya. Mustahilkah pada suatu hari nanti Negeri Kelantan bakal menjadi Gedung pembuatan Keris Melayu yang tebaik di Dunia? Sekiranya kita tidak mahu kenal dan bantu mengiktirafkan kedudukan dan potensi hebat kerjatangan mereka di Kelantan? Maka yang bakal kerugian kelak adalah bangsa Melayu kita sendiri. Cikgu Nasir adalah yang orang pertama Tengku perhatikan yang benar ikhlas dan bersunguh-sungguh cuba memakmurkan dunia perkerisan di dalam Negeri Kelantan untuk Negeri Kelantan dan untuk Malaysia kepada masyarakat Dunia. Syabas Cikgu...... Tengku sokong dan menghormati usaha Cikgu *tabik~hormat*

Anonymous said...

Betul tu Tengkurizan, suatu waktu dulu semua keris antik yang harganya puluhan ribu hari ini adalah keris baru pada zaman itu. Kalau tak ada orang yang gila membeli dan membuatnya sudah tentu tak ada keris antik pada hari ini yang menjadi rebutan dan sanjungan. Keris antik pun kalau buruk rupanya sampai bila pun buruk. Semasa dia masih baru dulupun tentu rupanya buruk juga. Tapi kalau dah cantik, ketika baru dia cantik, kalau dah lama semakin cantik. Saya mengikuti perkembangan dunia perkerisan Cikgu Nasir secara senyap dari awal lagi.

Nampaknya kini ramai yang dah celik, sayangnya ada juga yang cuba cas keting, tikam belakang dan sebagainya. Saya minta supaya Cikgu Nasir bersuara terhadap mereka yang cuba menangguk di air keruh ni, saya teramat kenal siapa Cikgu Nasir, susah untuk marah, periang,lawak, suka bergurau tapi kalau dia hilang sabar..... tentu ada yang kena penampar atau penyepak. Satahu saya dah 4 tahun dia tak tampar orang.( garang macam singa)

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Cikgu Nasir *smile*

Tengku berhajat dan menerima lamaran terhadap keris yang bertuah ini. Terima kasih *smile*

Anonymous said...

Hajat saya bertanyakan keris ini baru atau lama, kerana saya lebih berminat benda yang baru. Bukan kerana saya tidak hargai barangan lama tetapi barangan baru ini kita tahu asal usulnya. Maafkan saya, kerana ia sememangya prinsip saya, kerana benda yang lama kita tidak tahu asal usulnya, dan berkemungkinan barangan curi. Ada lembing antik keluarga saya telah dicuri yang berusia mungkin 100thn atau lebih, jika barangan antik keluarga saya dicuri mungkin juga barangan antik keluarga orang lain dicuri. Sebagai langkah, saya bertekad tidak mahu membeli barangan yang saya tidak tahu asal usulnya untuk menghalang lagi kes kecurian barangan antik. Saya memohon maaf kepada Cikgu, bukan kerana saya tidak percaya kepada Cikgu. Saya tahu Cikgu orang baik, tapi saya tidak kenal orang yang bagi/jual kepada Cikgu, mungkin juga dia orang yang baik, tetapi macam mana orang yang sebelum2nya, kerana sudah kita tahu barangnya antik mungkin sudah banyak tangan yang memilikinya jadi kita kurang pasti asal usulnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada pihak Cikgu dan semua oran yang terlibat, bukan maksud saya untuk syak atau apa-apa cuma ia prinsip saya. Harap di ampun. Semperna ketibaan syawal, Saya ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

Saya akui tentang kemungkinan di atas pandangan dan pendapat saudara. Dalam itu juga kita tidak boleh menolak Qada dan Qadar. Maka sesuatu yang terjadi adalah di atas kehendaknya dan dia atas kecuaiyan kita. Ada hikmah di sebelaik segala sesuatu yang berlaku. Sama ada ianya baik atau pun tidak terpulanglah kepada kita. Bukan sekadar bijak untuk mentafsirkannya malah lebih tepat lagi adalah untuk kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada sesuatu agar pengajarannya bakal lebih memberuntungkan kita dan mereka di sekeliling kita. Ada baiknya kita harus selalu berfikiran positif sekiranya kita inginkan yang terbaik. Negeri tanah air kita pernah di curi orang beberapa kali saudara. Maka semangat jati diri sesetengah mereka yang redho, berwibawa dan berfikiran positif lah yang akhirnya berusaha mendapatkan kebebasan dan mengembalikan martabat dan kedaulatan orang Melayu kita. Cikgu Nasir pernah berkata kepada saya, "Kita sering lupa pada takdir dan perancangan tuhan, kita fikir nafsu kita sahaja". Terima kasih Cikgu *smile*

Anonymous said...

Saya pun minta maaf sama, bukan niat nak menyakiti hati sesiapa. Saya ingin berkongsi cerita dengan pengunjung laman ini semua, mungkin cerita ini Cikgu Nasir tak berapa suka untuk diceritakan kepada umum.

Ramai yang tidak mengenali Cikgu Nasir. Saya pernah belajar silat daripada Cikgu dan menjadi kawannya juga. Saya belajar silat semasa Cikgu masih lagi remaja. Masa tu dia amat ganas dan garang. Kami semua amat takut padanya. Disiplin yang diterapkan semasa mengajar silat menjadikannya seorang yang tegas. Menepati masa, jika ada yang tak menepati masa, padahlah jawabnya.

Masa muda dulu kira dialah kaki gaduh, kat USM , masa dia jadi student semua taiko kenal. Berapa ramai guru silat yang lingkup di tangannya.

Saya tabik kat dia sebab dia suka senyum, melawak dan bergurau.Tapi kalau tak kena gaya, ke lubang cacaing dicarinya. Takut saya mengenangkan kedegilannya.

Sekarang saya tengok dia ajar silat pun dah banyak berubah. Tak macam dulu, saya tahu dia banyak frust dengan anak-anak muridnya. Sekarang nak dapat ilmu dgn Cikgu Nasir tak macam dulu, dengar kata dia dah tak banyak cakap lagi bab ilmu.

Anak murid cikgu ada di mana-mana, anak murid sekolah ramai, anak murid silat pun ramai. Tapi ramai orang kenal hanya namanya sahaja. Sebab dalam majlis dia very low profile. Amat sulit untuk diajak ke atas pentas. Dia lebih suka mengemas dewan, menyusun kerusi dan membuat kerja-kerja pengurusan daripada menjadi bos. Itulah yang menjadikan saya amat segan padanya.

Ampun maaf di pinta pada cikgu kerana mendedahkan cerita ini. Bukan apa, takut ada yang terlajak nanti dapat sakit free. Ampun cikgu

Anonymous said...

Salam kepada "Sobat Cikgu".......
Terima kasih di atas sedikit sebanyak mengenai guru dan sahabat yaini "Cikgu Nasir" yang kita amat sayang dan hormati ini. Salam kenal dari Tengkurizan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua *smile*

Anonymous said...

Saya memang redha dengan perkara itu. Memang sudah ditakdirkan barang pusaka itu tidak dapat diwariskan lagi. Cuma sudah menjadi pendirian saya dalam semua hal untuk tidak membeli barangan yang kurang pasti asal usulnya, harap saudara faham. Bukannya saya tidak redha, setiap orang ada prinsip masing-masing. Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi pandangan mereka. Sekali lagi saya meminta maaf dan mengucapkan terima kasih. :)

Anonymous said...

tengkurizan, saya amat kenal dgn Cikgu, dia banyak berhabis wang ringgit,masa dan tanaga utk anak murid dan silat.

saya ada belajar sedikit sebanyak petua darinya, itupun dapat dalam gelak-gelak sahaja, tapi ia kini menjadi amalan saya.

masa belajar silat dulu tak pernah pun saya bayar yuran. tapi cikgu tak kisah pun. beli uniform hutang, ada juga member yang tak bayar. cikgu tak kata apapun. kini anak-anak saya pula belajar silat darinya.

solat tak payah disuruh, anak-anak mendengar kata. pandai bergaul dalam masyarakat. saya tahu cara cikgu ngajar sebab tu saya yakin untuk serah anak-anak saya padanya.

kalau cikgu berhenti ngajar silat, saya rasa susah nak cari ganti guru yang ada pakej lengkap seperti cikgu. (bila dah berumur nampak mudah merajuk )

jarang guru yang ngajar free zaman ini.

Anonymous said...

Salam "anonymous"..... Saya menghormati prinsip saudara. Bergitu juga dengan prinsip sesiapa pun. Yang penting "happy" dan tidak menyusahkan sesiapa *smile* Maaf pandangan saya adalah untuk umum dan bukan khususnya untuk sesiapa pun. Sekira baik di pakai sekira kurang jangan gaduh ye. Jum mari dengar lagu Hari Raya sama-sama ok? "Dam dam dum bunyi merecun....."