Kejadian histeria di Tanjung Lumpur masih berlarutan dan memeningkan banyak pihak. Ada Melayu Islam yang kini pakar dalam bidang psikologi dan Kaunseling mengatakan bahawa ia adalah tekanan emosi semata-mata dan menolak terus kaitan dengan makhluk halus yang lain. Dalam masyarakat Melayu apabila nak mendirikan rumah (bangunan) beberapa perkara perlu dilakukan terlebih dahulu, antaranya meminta pandangan orang-orang tua (dlm ilmu) tentang kesesuain tapak, kemudian mencari arah kiblat, solat hajat dan juga doa selamat di tapak.
Langkah-langkah ini ialah kerana meraka arif dan peka dengan persekitaran mereka. Di samping berusaha dengan tulang empat kerat, sandaran mereka ialah Allah s.w.t.
Makhluk jin juga mempunyai perasaan dan tahu erti dendam. Apabila hak mereka dicerobohi dengan kasar tanpa berunding inilah padahnya. Mungkin telah berlaku sesuatu yang menyebabkan kesusahan kepada masyarakat dan keluarga mereka tanpa kita sedari.
Nampaknya pakar-pakar psikologi yang mengatakan ianya tekanan perasaan bolehlah mengaplikasikan ilmu mereka untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Saturday, September 06, 2008
Histeria.... satu pandangan
Posted by Mohd Nasir at 2:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kenapa histeria nie boleh berlaku? ape beze pula dgn dirasuk hantu@jin?
Assalamualaikum, bagi pandangan saya, di rasuk jin @ hantu sama dengan histeria, mungkin maksud histeria lebih luas. Pengalaman saya sebagai Ketua Warden dlm hal sebegini memang banyak. Saya setuju dengan pandangan Cikgu Nasir, Jin juga ada perasaan dan berdendam. Sebab itu saya tak percaya kepada pameran hantu, mustahil suku sakat hantu @ jin tak mengamuk sekiranya suku sakatnya ditangkap dan dibuat pameran.
saya yang berdekatan ngan tjg lumpur dimaklumkan yang tempat tu dulu adalah tempat pembuangan ancak oleh org dahulu kala. memang tempat jin bertendang pun. tapi dulu la...skang ni jd tempat anak jin menonggeng dahtu
Assalamualaikum, Soal histeria ni kalau di fikirkan pelik juga.Tapi kenapa tk pakar2 yng expert dalam hal ni bertanya terus pada budak2 sekolah yng kena histeria tu?? Apa yng mereka nampak, apa yng mereka alami, kenapa tiba2 jadi begitu? Tekanan emosi ke atau gangguan makhluk halus? Mungkin ada sedikit penjelasan dari mereka sendiri yng mengalami nya.
Post a Comment