sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, September 28, 2008

Ukhwah sesama kita.........

Dalam perjalanan hidup sehari-hari kita sebenarnya mengumpul beberapa perkara. Antara yang yang banyak dikumpul ialah kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman dan saing-saing. Yang paling sedikit kita dapat kumpul ialah sahabat karib.

Kawan-kawan teman-teman merupakan sebilangan individu untuk kita berkumpul beramai-ramai, bersorak, happy dan akhir sekali bila dah berpisah tidak meninggalkan apa-apa kesan lagi. Berapa yang dapat kita kumpulkan dalam setahun?

"Saing-saing" pula ialah indivudu yang merupakan pencabar kita dalam apa arena yang kita ceburi. Mereka sentiasa ingin menewaskan kita dalam apa jua cara, tak kira dalam perniagaan, karier dan juga hobi.

Dan kategori yang ketiga ialah sahabat sama ada karib atau pun tidak. Sahabat paling susah dicari kerana mereka mengambil berat, prihatin, suka menegur dan memberi nasihat. Menyokong dan membantu sahabatnya tak kira masa dan tempat.


"Seorang sahabat lebih baik daripada seribu kawanan"

3 comments:

Anonymous said...

Allah Hu Akbar !!! Allah Hu Akbar !!! Allah Hu Akbar !!! Semoga Cikgu Nasir Selamat dan Berbahagia Dunia & Akhirat. Persahabatan Tengku bersama Cikgu hingga ke akhir hayat *salam~kasih*

AlamShah said...

Assalamualaikum cikgu,

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin atas segala yang termakan, terminum, terguriskan perasaan... saya pun mengucapkan terimakasih atas segala tunjuk-ajar, teguran dan sebagainya demi persahabatan kita... semoga Allah memberikan seribu kesempurnaan dan kebahagiaan sesama kita, amin.. amin ya robbal alamiin.

Anonymous said...

"Seorang sahabat lebih baik daripada seribu kawanan"

Saya amat bersetuju dengan pandangan Cikgu Nasir =)