sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, September 20, 2008

Biarlah....

Saya adalah seorang peniaga keris yang biasa-biasa sahaja. Orang baru katakan, modal kecil, ilmu kurang dan barangan first class pun tak ada. Koleksi keris yang ada pun taklah banyak mana dan taklah sebagus manapun. Nasib baik ramai sahabat-sahabat, anak-anak murid dan kenalan yang membantu menjadi pembekal sama ada keris baru ataupun keris lama. Mungkin ada yang mencemuh, menyindir, memperli dan pelbagai mem.. lagi. Inilah seadanya yang mampu saya jual. Maklumlah barang baru, nak kata koleksi terbaik, tak juga. Nak kata terlalu murah, tak juga. Biasa-biasa aje. Jika sahabat sudi belilah, tak sudi tak apa. Cukuplah dengan cerita-cerita lama yang memualkan tentang peniaga-peniaga keris yang hipokrit. Kita generasi baru sewajarnya mencorakkan dunia perkerisan yang disegani kerana penyatuan hati pemain-pemainya. Janganlah pula dunia perkerisan yang kecil ini kita semarakkan api dengki sesama kita. Saya mungkin akan mengambil langkah beruzlah dalam dunia perkerisan bersama-sama beberapa sahabat yang jujur dan ikhlas. Biarlah saya menguruskan perniagaan saya seperti sekarang , bersendirian .

Saya mungkin tidak akan berhubungan lagi dengan orang-orang yang hebat dalam bisnes keris, lebih baik saya berurusan dengan golongan marhain yang jujur di depan dan jujur di belakang. Kerana saya percaya dunia perkerisan yang indah ini, tidak bertahan lama jika feel busuk hati dan buruk perangai bermaharajalela dalam hati pemainnya.

7 comments:

Tok Ketua said...

Salam cikgu...
saya nie tak minat pasal keris nih tapi cuma nok royat abe saya hok dok di Ketereh tu minat gilo pasal keris dan batu permata,sapa dia beli keris dari luar negara terutama indonesia...lor nie ado sembilan bilah dalam simpene dia.Rego doh dekat2 RM30 ribu. Dia tak buat keris cuma buat sarung dgn hulu jah.

batu permata kebanyakan nya dia beli secara loose dari ebay,lepah tu canai buat mato cincin. Ikat kat kedai...

raso raso minat dia nie serupo dgn cikgu tapi dia tak dop blog serupo dgn cikgu...tak po lepah nie saya suruh dio buat blog dia sendiri,baru lah buleh berkongsi pengalaman dgn oghe lain sperti cikgu nie...

Selamat Hari Rayo cikgu...

syahir said...

Salam cikgu, waduhh2... sedih bangat cikgu, usahlah dipikirin atau bersahabat dengan orang2 yang berfeel sedemikian.. muka ajer elok, tp hati busuk macam ayam taikk!

ehehehe.... saya rindukan cikgu nasir yang ceria dan happy seperti dahulu. Raja Adil Raja disembah, Orang Jahat kasik Belasah Cikguuu!

SELAMAT BERPUASA CIKGU. :)

Anonymous said...

salam.

pada saya cikgu ni lebih kepada aktivis kebudayaan berbanding peniaga keris. untung sikit2 sudah, tapi walaupun begitu boleh tahan juga masyuknya cikgu nih hehe. peniaga2 keris lain bawak keris dari kelantan, terengganu dan perak ke kl kemudian mark up harga gila2. mungkin dari situ lah mula keluar perangai typical melayu yg dengki mendengki.
ada juga sikap collector yg suka menunjuk dia ada keris hebat, mcm orang pakai kereta besar dan mahal lah jugak. hmm entah lah..mcm2 orang ada

AlamShah said...

Asssalamualaikum cikgu,
Hanya diri kita dan Allah sahaja yg mengetahui niat dan tujuan kita yg sebenar. Oleh itu, janganlah cikgu berkecil hati. Koleksi keris ni, rasanya ikut citarasa dan kemampuan masing-masing.

Tentang apa orang kata, biarkan... orang ni memang banyak berkata-kata, walaupun kita baik, ada sahaja golongan yg pandang rendah terhadap kita, kata kita tak layaklah, apa yang kita tahu?, dan sebagainya. Bagi saya... biarkan. Cikgu teruskan apa yg cikgu lakukan selama ini. Saya tabib cara cikgu berniaga.

Yg kita maklum, kejujuran dan keikhlasan ini adalah penting di dalam segala sesuatu termasuklah di dalam dunia perkerisan.

Kadangkala, perkongsian yg ikhlas pun di buruk sangka kan, ada udang di sebalik batu... tapi takpe... kita teruskan setakat kita mampu.

Buanglah yg keruh, ambil yg jernih baru teguh peribadi. Wassalam.

Anonymous said...

Salam Cikgu.....

Cikgu lebih kuat dan mulia dari mereka. Kejayaan Cikgu adalah di atas dasar kejujuran dan keikhlasan hati cikgu yang tiada tuluk bandingnya. Mereka cemburukan Cikgu tetapi mereka angkuh tidak mahu mengaku kalah. Mereka tidak dapat menerima cara Cikgu kerana mereka ingin meraikan kenuntungan yang banyak tetapi penipu semata-mata dan tanpa mereka sendiri sedari mereka telah mencemar nama baik diri mereka sendiri dan dunia perkerisan kita hari ini. Mereka memberikan penjelasan yang mereka sendiri ingin orang faham cara mereka tetapi tidak secara praktikal dan munah sabar. Kepada sesiapa yang termakan dengan cerita, hasud dan pujuk rayu pastinya bakal gagal dan akan terjerat dengan skim perniagaan mereka yang hanya mementingkan wang dan keuntungan yang belipat ganda. Mereka dengan tidak secara langsung telah mengubah matlamat mereka yang terdahulu yaitu untuk mengenalkan bangsa warisan pusaka kembali kepada masyarakat yang daif dan bodoh sombong. Lebih cepat mereka gemar menjatukan hukum daripada mencerminkan akan kekurangan diri mereka sendiri. Ada pula yang berlagak ingin berkelakuan baik tetapi sebenarnya pelakon yang gilakan glamour di dalam persada dunia perkerisan. Ada pula yang tak ubah seperti gunting dalam lipatan dalam cantik dia makan kita. Pandai berhutang tetapi habis tu nak cakap cara orang lain tak bagus. Ada pula yang tak sedar diri. Berlagak macam ada duit order itu order ini. Sampai masa habuk batang hidung tak nampak talifon pun tidak. Bila dapat bercakap ada sahaja helah dan cerita yang di reka-rekanya. Nak menaruh simpati orang tetapi hakikatnya buat orang menyampah dan hilang kepercayaan atas dirinya. Hai macam-macam orang hari ini. Mereka semua menipu bangsa sendiri. Bila kita cakap lembut mereka tindas kepala kita dan bila kita bahasa tajam mereka tak terima dan kata kita tidak ada adat dan tak reti bahasa. Bila kita minta barang kita balik dia melengah-lengahkan pula. Tak jujur orang macam ini Cikgu. Hai kalau saya nak bercerita memang tak habis. Saya berharap Cikgu Nasir berbanyaklah bersabar. Apa nak buat manusia macam ini tak pernah ingin bersyukur sudah tidak cukup dengan itu. Mereka pulak dok habak kat orang kita yang gila duit, gila keris, takde standard dan macam-macam lagi kutukan murahan mereka itu terhadap Cikgu. Ramai orang pandai cakap suruh kita banyak bersabar tetapi cara dan bagaimana untuk mengatasi masaalah yang sebenar lah dia mati kutu lah pulak. Cikgu jangan gentar dan jangan hairankan dengan bebelan dan tomahan mereka terhadap Cikgu Nasir. Cikgu jangan merajuk sikit pun. Terus terang buang masa sahaja Cikgu. Cikgu Nasir jujur dan berdikari di atas usaha sendiri. Susah, peluh dan tangisan Cikgu mana meraka tahu? Takde standard tak standard keris Cikgu pun. Cikgu Nasir lah insan yang paling berjaya dan hampir setiap minggu barang jualan laku keluar masuk dalam dan keluar negeri, pergi jumpa tukang sampai tak tertanggung mereka untuk memenuhi pesanan pelangan Cikgu. Cikgu bayar betul berikan barang pun selamat dan qualiti yang sangat memuaskan. Apa lagi??? Biarkanlah apa orang nak tuduh dan cakap buruk tentang Cikgu. Pelangan sejati dan sahabat baik Cikgu ramai di selurus tanah aiar kita ini termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia. Bagi mereka yang sudah berhubungan dengan Cikgu. Pastinya mereka tidak dapat menafikan Cikgu ini memang bagus, cekap, rajin, jujur dan amanah. Pedagang lain tidak tahu berapa maju dan makmurnya Cikgu. Apa yang mereka tahu hanya satu bahawasanya keris-keris mereka tak laku dan tidak laris seperti Cikgu. Ini kenyataannya. Mereka sepatutnya mencontohi kemuliaan hati Cikgu. Ada pula setelah di ajar Buat Blog sendiri dari pada zero terus jadi "COPY~CAT" bulat-bulat pula. Tidak ada originality dan confidence langsung. Cakap macam tahu tetapi hakikatnya songbong tidak mahu bertanya dan menilai ilmu. Ok lah Cikgu..... jangan bersedih. Cikgu "carry~on" buat sahaja perniagaan Cikgu sepertio biasa. Yang penting Cikgu dapat maintain dan control Quality and professionality in having dealings with your customer. Kenang jasa, jaga hati dan permintaan pembeli-pembeli favourite dan jujur Cikgu. Mereka ibarat pelita yang berpanjangan daripada bunga api yang indahnya sesaat habisnya pun sesaat juga. Cikgu lebih mengenal hati budi pelangan Cikgu. Cikgu teruskan sahaja cara Cikgu. Mereka sekadar pedangang keris bulat-bulat. Cikgu berniaga ni pun happy-happy sambilan sahaja namun bergitu Cikgu tetap maju dan makmur duit masuk hampir setiap minggu dan ada pula kerja tetap sebagai Cikgu dan Guru. Apa yang mereka ada yang Cikgu tadak? Semua Cikgu ada malah lebih dari harta? Yaitu Cikgu berwibawa besar, rajin berusaha dan punya harga diri yang sangat di segani. Allah itu satu Cikgu dan Allah senantiasa berada bersama mereka yang berkata benar. Cikgu you just maintain your cool alright. Keep up the good work. nama Cikgu Nasir saya kira sudah popular di dalam dunia perkerisan kita dan popular di selurah Nusantara. Cikgu Nasir adalah orang pertama di Kelantan yang bukan sahaja seorang Cikgu Sekolah, Guru Silat, Suami Misali, Ayah Contoh, Jiran tetangga yang baik, anak-anak murid dan penyokong Cikgu Nasir "beratus~ribu" di tanah air kita ini. Cikgu Nasir juga telah mengharuskan Negeri Kelatan dengan menaikan ekonomi Kelantan dengan membawa sama hasil kerja tangan kraf tangan Kelantan tampak keseluruh tanah air kita dan sekarang ramai pembeli-pembeli handalan dari Singapura dan Brunei telah bertambah keyakianan mereka terhadap Cikgu Nasir. Apa lagi Cikgu nak hiraukan kata-kata kebudak-budakkan sesetengah peniaga keris yang cemburukan Cikgu dan juga karenah pelangan-pelangan Cikgu yang tak jujur. Cikgu Nasir jagalah diri Cikgu baik-baik. Penyokong-penyokong kuat Cikgu tidak perlu nampak pada mata masyarakat. Cikgu hanya perlu yakin dan mereka akan wujud bagaikan cendawan dari setiap sudut Malaysia dan seluruh Nusantara mempertahankan kebenaran dan kemulian hati Cikgu Nasir. Allah hu akbar.........

Assalammu'alaikum Cikgu...... Salam kasih dari pelangan tetap dan teman baik sejati Cikgu Nasir :) "Hidup Cikgu Nasir!!! Hidup Kelantan!!! Hidup Malaysia!!!....."

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya pun senada dengan mereka yang biasa berurusan dengan cikgu. Dunia sekarang kadang kala orang jujur sering menjadi mangsa keadaan. Tapi Cikgu mesti ingat, cikgu mempunyai ramai pengikut setia. Kami sentiasa menyokong usaha murni cikgu.

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Cikgu Nasir,

Cikgu adalah seorang sahabat, guru dan peniaga keris yang amat jujur, amanah, bertimbangrasa, cekap, rajin, berwibawa, beradap, beradat dan sungguh pandai menjaga hati kawan dan pelangan. Usaha Cikgu Nasir bukan sahaja sekadar berdagang malah Cikgu seringkali berkongsi dan memberikan nasihat, pandangan dan ilmu untuk kami yang mengunjungi website Cikgu ini. Janganlah Cikgu hiraukan tomahan serta sindiran murahan dan kebudak-budakkan sesetengah peniaga dan mereka yang cemburukan Cikgu. Yakinlah bahawasanya Cikgu ramai peminat, pelangan dan sahabat sejati. Pengikut Cikgu terlalu ramai bagaikan cendawan di sana-sini. Cikgu telah usaha berdikari dan melakukan yang terbaik hingga berjayanya Cikgu hari ini. Cikgu Nasir telah memakmurkan ekonomi Negeri Kelantan dengan memperkenalkan serta memberi peluang bagi perajin-perajin kraftangan Kelantan khususnya di dalam bidang perkerisan kepada kami (peminat)dan kepada masyarakat Dunia. Pelangan Cikgu samakin ramai dan rezki Cikgu bagaikan air sungai yang deras mengalir. Tengku akan senantiasa berikan sokongan dan kerjasama kepada Cikgu Nasir. Usaha Cikgu untuk memberikan khidmat yang terbaik amat memuaskan dan sudah tentu ianya masih boleh diperbaiki. Cikgu Nasir telah memakmurkan Negeri Kelantan dan CIkgu telah mengharumkan Dunia Perkerisan Masyarakat Kita hari ini. Kerana orang seperti Cikgu Nasir lah Malaysia makmur dan berjaya. Syabas Cikgu..... Tengku akan senantiasa berikan sokongan dan kerjasama kepada Cikgu Nasir * smile*