Saban hari semakin berkembang silat-silat yang menjurus kepada tenaga dalam. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam silat. Walau bagaimanapun saya menasihati kepada pesilat-pesilat baru yang begitu ghairah untuk belajar agar menyeimbanginya dengan ilmu silat yang berkonsepkan kemahiran fizikal.
Tidak ada salahnya jika belajar ilmu tenaga dalam. Bagus, tetapi langkah silat, tari dan kemahiran fizikal perlu untuk mendisiplinkan diri, kecergasan, seni dan juga untuk pertandingan. Sayugia diingatkan diperingkat sekolah, daerah dan negeri belum ada lagi kejohanan untuk pertandingan silat tenaga dalam. Belajarlah ilmu tenaga dalam dengan ikhlas kerana bangsa kita akan memerlukannya suatu hari nanti.
Saturday, July 12, 2008
Silat - antara pergerakan fizikal dan kebatinan
Posted by Mohd Nasir at 3:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment