sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, July 20, 2008

KERAMBIT..... larisnya

Saya telah kehabisan stok kerambit, tukang kerambit saya nampaknya terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain. Pada masa yang sama tempahan kerambit saya datang mencurah-curah. Oleh kerana tidak sampai hati menghampakan hajat sahabat-sahabat, saya cuba mendapatkan stok kerambit daripada peniaga-peniaga senjata di Pasar Siti Khadijah, ini kerana saya tahu mereka juga membuat tempahan daripada tukang kerambit yang sama.

Semalam sebelum memulakan kelas silat di Polytech Mara saya mencuri sedikit masa untuk mencari kerambit di pasar Siti Khadijah , malangnya harga paling murah meraka boleh berikan kepada saya ialah RM100.00 sebilah, terkejut monyet,beruk,ungka dan sebagainya saya. Sedangkan mereka juga tahu saya ialah peniaga senjata warisan. Harga yang tertulis pada kerambit itu ialah RM150.00.

Puas juga saya memujuk, saya katakan macam mana saya nak jual keada pelanggan saya, sedangkan harga dalam blog saya RM70.00 pun saya kira dah mahal. Sekarang baru saya faham kenapa kerambit saya kehabisan stok. Harap sahabat yang menempah kerambit bersabar, saya harap tempahan kerambit saya sebanyak 20 bilah akan siap tidak lama lagi.

No comments: