sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, July 12, 2008

Pendokok pada keris

Pendokok merupakan pelengkap pada sesebilah keris. Ia ibarat alas meja, sapu tangan bagi manusia. Kecantikan sesebilah keris turut dipengaruhi oleh pendokok. Pendokok biasanya diperbuat daripada logam. Antara logam yang sering digunakan ialah besi, tembaga, perak, suasa dan emas. Pendokok juga melambangkan status sipemilik keris. Kehalusan seni ukiran dan jenis logam yang digunakan melambangkan darjat dan nilai keris.

Dalam zaman moden apabila keris sudah tidak lagi menjadi pakaian seharian, muncul satu istilah baru iaitu pendokok antik. Sesuatu pendokok akan menjadi buruan apabila nilai seninya tinggi dan dikategorikan antik. Ini menyebabkan harganya melambung di pasaran. Kadang-kala ia mengalahkan harga pendokok baru.

Pendokok baru juga boleh ditempah dari tukang perak mengikut citarasa pemilik keris, kita juga boleh memilih jenis logam yang kita mahu. Bermula dari besi hinggalah kepada emas. Jika mahu dimasukkan permata atau intan pada pendokok juga boleh diuruskan. Walau apa pun janganlah pula mahal pendokok dari bilahnya.

No comments: