Alhamdulillah 2 bilah keris melela saya sudah siap sampirnya. Kali ini sampir kedua-dua bilah keris ini saya tidak varnish/shellac kerana kualiti teras kayu kemuning bahagian tunggul cukup mengujakan . Begitu juga dengan batang serunai daripada sena plot yang dipilih khas. Walau bagaimanapun sebilah dari keris ini sudah ada pemiliknya. Pemiliknya tidak asing lagi iaitu Cikgu Zaidi yang merupakan pelanggan setia saya. Terima kasih saya ucapkan kerana terus memberi sokongan terhadap usaha saya.
Friday, July 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment