Maaf kepada sahabat kerana kadang-kadang terganggu dengan tulisan-tulisan saya dalam blog, kadang-kadang tengah syok tengok keris terbaca pula tulisan-tulisan saya yang entah apa-apa. Sudah menjadi tabiat seorang guru yang selalu menegur anak muridnya. Bukan nak tunjuk baik tapi sudah menjadi tanggungjawab.
Semalam Mr.X bertanya kepada saya maksud perkataan yang bergerak dlm blog saya " Barang Siapa Mengenal Tuhannya Maka Binasalah Jasadnya". Saya bukanlah pakar dalam bidang tasauf, bukan juga guru, tetapi hanya sekadar membuka pintu kepada generasi baru agar cuba mencari intipati ilmu dan kehidupan. Nampaknya misi saya sudah berjaya, apabila seseorang itu sudah mula bertanya maka pintu hatinya sudah mula terbuka. Maka langkah yang seterusnya ialah meneruskan perjalanan sahaja.
Thursday, July 03, 2008
Membebel lagi....
Posted by Mohd Nasir at 4:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Saya juga bukannya bijak mana dalam bidang nih..... Tetapi sedikit sebanyak bidang nilah yang menjadi kegemaran Tengku.... Tak tahu pulak kenapa.... hehehe...
Di dalam fikiran saya yang daif ini berginilah.... Apa yang di maksudkan ayat tersebut ialah.....
Setelah kita benar-benar mengenal diri mengenal tuhan maka kita ini ibarat kembali kepada ~ ZERO ~ Dunia ini terasa terbentang luas di hadapan kita.... mata hati kita terbuka menembusi masa dan masa itu adalah seperti babak di dalam kitab nyata di hadapan kita kitab di telapak tangan kita untuk kita "menyaksikannya...." Manusia menunggu mati..... Dunia menunggu kiamat yang..... Kita menuju akhirat tempat yang sudah lama tersedia menunggu kita. Bila sudah ketemu maksud ayat yang di tulis Cikgu maka kita bertemu ketenangan di dalam jiwa yang tiada kenal erti kehausan.... aman indah putih bersih dan bercahayakan Nur.... & Nur.... Indah sekali.... Apa Cikgu sudah ke sana? Indahkan Cikgu??? *smile*
~ Salam SAYA , Sahabat Cikgu ~
Alhamdulillah, saya faham apa yang dimaksudkan, rahsia tetap rahsia. Imam AlGhazali pernah berpesan "jangan kau kalungkan mutiara ke leher babi".
Teruskan perjalanan ini.
Perjalanan akan lebih manis dan indah jika bersama-sama sahabat yang mengerti, buangkan hasad, jauhkan dengki, berjalan dengan mata hati, akan ketemuilah bukti rahsia hakiki.
saya setuju dengan kata kata cikgu nasir. Ingatlah ayat tersebut senantiasa.
Man arafa nafsahu (Kenali lah diri kamu), faqad arafa rabbahu (baru kamu kenali tuhan kamu) , waman arafa rabbahu (apabila kamu kenal tuhan kamu) fasaja jasaddhu (akan binasa jasad kamu)
Salam
Tak ramai faqir yang bisa mengerti bab ini....sayang...
peace
Ini pendapat hamba;
bila kenal diri, kenal Tuhan. Semua kemahuan duniawi ditinggalkan. Binasalah diri, matilah diri, tiada keinginan pada dunia.
Post a Comment