Setelah bersembang dengan seorang sahabat Guru Silat, saya membuat kesimpulan mudah bahawa guru-guru silat sering berada dalam dilema. Sebabnya mudah sahaja, semangat berkobar-kobar guru untuk mencurahkan ilmu akhirnya terpadam seperti api lilin dicurah dengan sebaldi air. Generasi moden hari ini nampaknya semakin biadap dengan guru mereka, ilmu sejemput dicanangkan dikedai-kedai kopi. Ilmu yang mereka dapat dari guru pertama, menjadi bekalan mereka untuk bercakap besar dalam perguruan lain menghentam balik guru pertama mereka.
Mereka juga mencemuh apa yang pernah mereka belajar, tanpa mereka sedar bahawa sedikit sebanyak apa yang mereka ada pada hari ini adalah hasil jerit perit guru pertama mereka. Ingatlah guru tadikalah yang membantu anda mengenal huruf walaupun guru tadika anda hanya lulusan SPM. Tapi ingat tidak semua guru yang mengajar anda A,B,C itu guru tadika.
Akhirnya selepas bosan dan kecewa dengan sebilangan anak murid, guru akan jadi lebih memilih, kedekut dan juga susah untuk mempercayai pelajar-pelajar barunya. Lama-kelamaan ilmu yang berada dalam dada guru akan berkubur bersamanya. Alangkah ruginya.
Wednesday, July 02, 2008
Antara Rahsia dan Terhakisnya Ilmu
Posted by Mohd Nasir at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ruginya mereka2 yg betul2 ingin belajar dari guru2 ini..nilah kata org, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..
Mengalir airmata bila mengenangkan ada yang sanggup berbuat begitu..Jika dibenarkan, akan aku sujud di kaki guruku untuk meminta halal segala ilmu..
Post a Comment