sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Wednesday, December 31, 2008

Sekolah dah nak buka wei.....

Gangguan streamyx yang saya hadapi memberikan lebih banyak masa rehat bagi diri saya, walaupun kurang baik untuk perniagaan melalui blog. Walau apa pun syukur Alhamdulillah kita dapat melangkah masuk ke tahun baru hijriah dan masihi dengan keadaan yang sejahtera. Makan pakai cukup walaupun bukan seorang jutawan. Syukurlah apa yang ada. Kepada pengunjung blog ini saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung dan berurusan dengan saya selama 2 tahun melalui alam siber.

* Kasut sekolah anak dah belikah?

N 0016 Melela Lok Lima Tulang Bulat ( RM1600.00 ) SOLD OUT





Panjang Keseluruhan 15"
Panjang bilah 11"
Ulu kemuning hitam
Sampir kemuning kuning
Batang serunai sena












Tasbih Damar Minyak RM150.00 (33 biji) Tidak termasuk belanja pos







Tuesday, December 30, 2008

Bilah untuk perhatian sahabat ( SOLD OUT )













Melela lok 3 - 14 inci
Lok 5 pamor - 11 inci
Lok 7 pamor - 10 inci





Monday, December 29, 2008

Mengapa sparring....

Silat ialah untuk mempertahankan diri. Tujuannya ialah agar dapat mempertahankan diri dalam perlawanan/pergaduhan sebenar. Sehubunagan itu matlamat silat secara mudah ialah kemahiran " bertumbuk" yang sebenar tanpa dirancang. Justeru itu latihan yang cukup, sistematik dan praktikal amatlah perlu. Gerakan-gerakan asas/patern hanyalah untuk menjadikan struktur badan kita tegap, stabil, mantap serta berkesan. Sehubungan itu latihan silat tanpa sparring samalah seperti harimau besar tanpa gigi dan kuku.


* lebih baik kesakitan semasa sparring daripada sakit kena buli masa perlawanan sebenar

Terlupa fakta : Masalah dalam perniagaan internet

Antara fakta yang lupa saya masukkan dalam kertas kerja kat UM ialah masalah ganguan internet. Masalah gangguan talian streamyx amat memberi kesan kepada usahawan internet. Jika elektrik terputus kita boleh pakai lilin, atau generator, tetapi jika internet terputus kita tak dapat online. Maknanya kedai diinternet terpaksa tutup. Walau apapun terima kasih kepada pihak TM yang mungkin sedang bertungkus lumus cuba mengatasi masalah ini dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.

Friday, December 26, 2008

Keris buruan

Keris-keris yang menjadi buruan pada hari ini ialah keris-keris yang cantik garapannya, unik dan mempunyai karektor yang tersendiri. Kategori keris yang susah ditemui juga menjadi rebutan seperti debek dan tokchu. Walau apapun kelainan yang dicipta hari ini akan menonjol pada suatu masa nanti. Tak kira ia cantik atau pun tidak. Kerana lain orang dan lain zaman, maka lain pula penailaiannya.

Semoga Sifu Juki Tabah hadapi ujian

Beberapa hari lepas rumah Cikgu Juki ( Sifu Juki) telah dinaiki pencuri buat kali ke3. Sasarannya ialah cincin dan juga batu-batu permata. Kerugian yang dialami agak besar. Tambah menyulitkan lagi apabila ia adalah cincin tempahan, batu permata milik sipenempah. Agak rumit juga untuk meyelesaikan masalah ini dengan pelanggan. Semoga sahabat kita tabah menghadapinya. InsyaAllah

Thursday, December 25, 2008

Renung sejenak....

Bila terhenti nafas ini, apa yang akan kita bawa pulang. Cukupkah bekalan....kenalkah jalan pulang, jazamkah akhir kalam. Siapa kita manusia pandang, siapa kita di sisi Tuhan.

Pesan orang-orang tua

Orang tua berpesan, bersalaman lihat ke mata, bercakap lihat mata. Sebabnya dari mata turun ke hati. Akibatnya jika bersalaman tak lihat pada mata ialah seolah-olah tidak ikhlas, bila bercakap pula seolah-olah penipu dan menyembunyikan sesuatu. Ia terjadi secara semulajadi bukan dibuat-buat. Fikir-fikirkan jika ada benarnya.

mencari....

Ramai yang mencari...... tapi apa yang dicari. Wang sudah pasti, ilmu dunia sudah pasti, nama sudah pasti, populariti sudah pasti........mati juga pasti.

status guru

Jarang sekali orang yang arif mempelawa atau mengistiharkan supaya orang ramai datang belajar padanya. Sebaliknya yang jahil akan beria-ia mencari, meminta dan merayu pada guru untuk belajar. Tapi kenapa kita menyalahkan guru kerana ilmunya tak sampai akal kita. Guru mengajar ada panduan, kalau tak faham jangan cepat melatah, diam dahulu, renung sejenak, cari hujjah,dalil dan pelbagai lagi agar lebih faham. bukan mencari hujah untuk menentang. Senang cerita jangan terlalu bijak dan banyak bicara di hadapan guru.

Baik jadi orang baik...

Orang baik... biasanya ramai kawan,kenalan dan juga sahabat. Bukan manusia sahaja ingin berkawan dengannya, makhluk Allah yang lain pun ingin bersahabat dengannya. Maklumlah orang jenis ini akan menjadikan hati sahabat-sahabatnya sejuk dan tenteram. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang menyenangkan hati tetangga, kawan-kawan, rakan sekerja dan masyarakat.

Nilai dan menilai

Bebaskah penilaian kita. Jarang kita berlaku adil bila menilai, terutamanya bila kita ada kepentingan di sebalik penilaian. Semua penilaian menjurus kepada kepentingan diri sendiri, cuma kadar kepentingan sahaja yang berbeza. Sebaiknya skala penilaian mesti konsisten tanpa mengira hak kita atau hak orang lain.

* cakap senang beb.

Melihat dan dilihat

Kadang kadang kita seronok melihat gelagat orang lain, pelbagai tafsiran yang kita buat terhadap apa yang kita lihat mengikut ilmu dan pengalaman kita. Pada masa yang sama orang lain juga menilai diri kita yang sedang menilai orang lain. Begitulah seterusnya, semua orang berhak membuat penilaian tetapi kayu ukur manakah yang kita pakai untuk mengukur, skala apakah yang kita pakai untuk menyukat. Semoga setiap ukuran dan sukatan yang dilakukan selari dengan sukatan Yang Maha Adil

Wednesday, December 24, 2008

Tolong diri sendiri

Dalam kehidupan ada masa senang dan ada masa susah. Adat berkawan cubit paha kanan paha kiri terasa. Jadi kalau kita menolong sahabat atau rakan samalah seperti kita menolong diri kita sendiri. Walau apapun jika ada yang nak ambil kesempatan ini tak boleh dibantu kerana kita akan merosakkan diri kita sendiri.

Tuesday, December 23, 2008

................semakin kurang

Peminat senjata warisan semakin bertambah, pedagang dan kolektor makin bercambah, tapi yang semakin kurang ialah pandai besi dan tukang ukir. Fikir-fikirkanlah.

Bagaimana gendang begitulah tarinya.

Teruskan tarianmu itu sehingga tukang gendang sudah tak larat dan habis semua lagu yang dia tahu dimainkan.

Ilmu firasat Melayu

Jika kita menelusuri kitab-kitab tua alam Melayu, banyak yang dapat kita timba berkaitan firasat dan petua leluhur kita. Mereka menulis bukan secara sembrono tetapi berasaskan pengalaman dan juga hasil pemerhatian serta ilham. Mungkin banyak juga yang sudah tidak sesuai pada zaman ini. Bak kata pepatah manis jangan terus ditelan pahit jangan terus dibuang. Antaranya ialah petua mengenal manusia. Jika kita mengambil sedikit pedoman dan dipraktikkan mungkin banyak benarnya catatan-catatan silam tersebut. Walau bagaimanapun bagi sahabat yang mempunyai karektor seperti yang disebut dalam kitab-kitab tua berkenaan sewajarnya mereka mengambil peluang untuk berubah dan menggelak daripada terjerumus dalam situasi negatif. Ada baiknya.

Hidup dan mati

Walaupun tiada kaitan dengan keris. Entry ini saya masukkan untuk kita sama-sama duduk sejenak mengingati saat kesudahan kehidupan kita. Foto dalam entry ini ialah burung murai cerang kesayangan saya. Siulannya telah menghibur hati saya selama 2 tahun. Dari kecil dibela sehinggalah semalam dia mati dibunuh oleh ular pucuk (hijau) . Itulah kehidupan apabila sudah tiba masanya dia akan kembali jua. Tapi caranya berbeza antara seorang dengan seorang. Pemisah antara maut ialah bila ia masuk tidak keluar atau bila ia keluar tidak masuk.

Debek (not for sale)








Keris Tok cu Patani ( SOLD OUT )










Keris tok chu patani
Panjang keseluruhan 21 inci
Bilah 16.5 inci
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena

Monday, December 22, 2008

Internet mash lagi slow.maaf tak dapat upload dlm photopic

Berlapis-lapis perut kitab

Dalam usus lembu terdapat satu bahagian yang dinamakan sebagai perut kitab ( istilah kelate). Perut ini berlapis-lapis seperti helaian buku. Jika kita tidak cermat mencucinya maka sup perut yang kita makan akan bewarna hijau dan berbau rumput. Proses mencucinya perlu berhati-hati agar semua helaian telah dibelek dan dibersihkan, supaya perut menjadi bersih dan putih.

* Bukan senang hendak mencari perut yang bersih masa kini.

Cendana Asli

Alhamdulillah, permintaan untuk minyak cendana amat baik dan memberangsangkan. Cendana merupakan wangian yang sinonim dengan dunia Melayu di samping beberapa wangian lain seperti kasturi, gaharu serta setanggi. Minyak cendana telah lama digunakan untuk merawat keris. Ia baik untuk keris kerana kadar meruapnya yang rendah. Jadi apabila disapu pada bilah keris ia akan kering dan melekat pada permukaan keris menjadi satu lapisan nipis yang jernih sama seperti kita menyemburkan besi dengan " spray clear" . Mengikut pengalaman peribadi saya, ia boleh bertahan sehingga 6 bulan atau pun lebih untuk setiap kali sapuan pada bilah keris. Pada masa kini kerana kesukaran mendapatkan cendana maka ramai yang telah beralih arah dengan menggunakan pelbagai jenis minyak, antaranya ialah minyak zaitun, minyak atar, minyak kelapa sawit, minyak rambut hijau, minyak pencuci senjata api, minyak singer dan pelbagai lagi. Teserahlah kepada empunya keris untuk menyapu minyak apa untuk keris mereka asalkan keris bebas dari karat dan dalam keadaan baik.

Malang Tidak Berbau

Memang malang tidak berbau tetapi biasanya sudah pun diberikan sedikit tanda-tanda atau klu untuk kita ambil perhatian. Sehubungan itu saya selalu menggunakan contoh hujan. Apabila hujan nak turun jarang sekali ia tiba-tiba turun. Biasanya ia mesti ada mendung ( awan hitam), berangin, atau pun paling kurang kambing-kambing akan mengembek. Begitu juga dengan malang ( geruh) isyarat awal telah pun ada pada diri masing-masing, cuma kita sahaja tak ambil peduli kerana lupa diri.

Pandai Saras Tua ( SOLD OUT )






















Keris Pandai Saras Tua
Panjang keseluruhan 23 inci
Panjang bilah 16 inci
Sampir dan batang serunai sena
Hulu ( tak pasti)

Sunday, December 21, 2008

Jangan mengadu domba...

Domba ialah kata lain bagi biri-biri. Biri-biri mempunyai kepala yang kuat dan biasanya ambil lajak apabila ingin bertarung. Kepala siapa yang tak tahan, dia yang cabut lari dahulu. Itu kisah binatang, tapi jangan jadikan tabiat mengadu dan melagakan domba satu kegiatan harian kita. Kesian domba-domba yang dilagakan. Kadang-kadang bila dah letih domba-domba tidak akan berlaga lagi, mereka akan makan rumput bersama kerana sedar siapa yang kalah akan cedera atau dijual oleh tukang adu. Sepatutnya domba itu sekali sekala merempuh betis tukang adu yang tak ada kerja lain itu.

Kunjungan Sahabat Dari Temasik















Alhamdulillah , impian sahabat dari Temasik untuk berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga sudah tercapai. Terima kasih kerana sudi singgah sekejap di teratak saya. Lawatan sahabat bersama keluarga yang dibantu oleh Saudara Shukri sebagai pemandu pelancong diharap meninggalkan kenangan manis.

Minyak Cendana RM60.00 satu botol ( termasuk pos)




************************************************************************************ ************************************************************************************************************************

Alhamdulillah, minyak cendana telah siap diproses dan telah dibotolkan. Kuantiti minyak lebih kurang 10 ml untuk satu botol. Kalau dulu semasa dalam kotak kayu harganya ialah RM150.00 untuk 10 ml. Kini harganya lebih murah kerana saya telah membuat pembelian stok secara borong dan diproses di Kelantan.

Saturday, December 20, 2008

Keris dan tempahan...

Maaf dipinta kepada sahabat-sahabat yang menenmpah barangan, sudah menjadi adat bila berurusan dengan tukang kita mesti sabar menunggu. Terutama jenis yang berukir. Tempahan terpaksa beratur mengikut barisan yang panjang. Harap sahabt sabar dan memahami situasi ini. Terima kasih kerana sudi berurusan.

Minyak Cendana - Mohon pandangan sahabat



Minyak cendana telah siap diproses, dalam entry ini saya mohon pandangan sahabat untuk kebaikan kita semua dalam pemilihan packaging yang sesuai dan menjimatkan kos.

1. Botol unik dan cantik ( kos tinggi), menarik tetapi jumlah minyak sedikit.

2. Botol kurang menarik ( kos rendah) minyak lebih banyak.

3. Buat dalam dua jenis botol. Satu murah satu lagi mahal.

* harap dapat maklum balas segera kerana ramai sahabat sedang menunggu. Bila kesimpulan dapat dibuat saya akan umumkan harga untuk setiap botol dlm mililiter.

Cinta mani laut untuk dijual ( stok terhad) dijamin original


1 = RM100.00
2 = RM100.00
3,4 dan 5 = RM70.00

Pendokok Perak RM350.00 ( buatan tangan) SOLD OUT







Pendokok perak
Sesuai untuk hulu bagi bilah sekitar 10 hingga 13 inci

Pendokok Perak RM250.00/pcs ( buatan tangan bukan casting)) SOLD OUT

Sesuai untuk ulu bersaiz kecil bagi bilah 10 inci.

Untuk Sahabat ( En.Ramli)




Zamrud lilit berlian swiss bunga pahat mesin saiz 21

Friday, December 19, 2008

Keris berpusing-pusing

Siapa pernah lihat keris berpusing. Kalau sahabat lama sedikit dalam dunia jual beli keris di Malaysia, saya yakin sahabat akan melihat keris berpusing dan berputar-putar. Semakin banyak pusingan dan putarannya semakin tinggi harganya. Tak percaya. PERCAYALAH

Buatlah kerja masing-masing.

Dalam penghidupan seharian kita ada tugas dan kerja masing-masing. Buatlah kerja kita sebaiknya. Jangan jadikan "memburukkan orang lain" satu kerja. Akhirnya kita sendiri yang buruk dan rosak binasa. Kalau kita ditakdirkan berniaga, maka berniagalah dengan sebaik-baiknya. Dalam perniagaan ada untung ada rugi. Ada turun dan ada naik. Perniagaan hanyalah jalan, bukan matlamat. Kalau kita letakkan perniagaan sebagai matlamat maka hati tak tenteram, jiwa selalu resah bila perniagaan merosot. Perniagaan adalah satu medan untuk mendidik jiwa pemain-pemainnya. Jangan terpedaya.

Bila sampai masanya...

Bila dah sampai masanya, ia tak akan dapat dihalang lagi. Walau sejuta tangan menyekat, walau sejuta helah dipasang namun ia tetap tiba jua. Sehubungan itu buangkan jauh-jauh rasa iri pada ssesama sahabat. Usah di caci maki di belakangnya, apatah lagi menabur fitnah dan membuat andaian palsu.

Jangan ingat kita bijak merancang. Allah maha Perancang atas segalanya.

Thursday, December 18, 2008

Keris Pandai Saras Lok 3 Antik RM500.00 (SOLD OUT)l




















Keris Pandai Saras Lok 3
Panjang keseluruhan 16
Bilah 12 inci
Ulu Kemuning ukir
Sampir kemuning
Batang serunai sena

PERHATIAN :
Cicak baru
Mata keris telah dibaiki

Internet masih slow

Maaf , masih tak dapat upload foto dlm photopic.

Wednesday, December 17, 2008

Yatim

Sebenarnya kita yatim dalam maya pada ini. Walaupun ramai di sisi, dosa pahala kita dikira yatim. Dalam kubur juga kita yatim. Datang Yatim pulang pun Yatim

Berdialog.....

Selalulah bertanyakan diri, nescaya hati kita akan memberikan jawaban. Walau apapun khazanah ilmu mesti ditimba . Jangan terus buang dan jangan pula teras telan. Rasa dulu, kunyah-kunyah, jika manis telan, andai pahit mungkin ubat tapi jika ia racun luah dan muntahkan agar tidak mati katak. Belajar jangan sembrono, ada cara ada adab dan ada petua. Jika bijak ilmu segunung runtuh dalam masa 3 hari. Tapi badan mana yang sanggup memikul. Kalau tak gila mungkin sasau.

Streamyx tertalu kohor ( slow)

Maaf dipinta kerana gagal untuk upload entry terbaru keris-keris yang dijanjikan. Ada sedikit masalah dengan streamyx kerana terlalu slow. Harap sabar, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih atas cadangan dan saranan sahabat semua untuk memajukan blog ini. Terima kasih juga pada sahabat-sahabat yang bertanyakan entry-entry keris terbaru. Bila keadaan pulih insyaAllah akan saya pastekan ke dalam blog dan photopic.

Stok Pati Cendana




Alhamdulillah, hasil pertolongan sahabat-sahabat , stok pati cendana asli untuk merawat keris tak pernah putus dalam simpanan saya. Inilah stok terbaru saya. Belum lagi diagihkan kepada botol-botol kecil untuk pasaran. Cendana terbaik untuk keris yang disayangi.

Terima kasih NUFNANG


Inilah cek pertama saya hasil daripada menampalkan iklan nufnang dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan sahabat semua.

Tuesday, December 16, 2008

Yang kurik itu kendi, Yang Merah itu Saga

Memang target mencari wang, tapi wang bukan segalanya. Kemanisan budi dan kesantunan bahasa ialah ukuran dalam perhubungan. Jangan ambil kesempatan dengan membuli sesiapa dalam sebarang bentuk perhubungan. Jangan ingat kita sahaja yang boleh buat, orang yang kita buli juga mungkin boleh buat seperti kita malah lebih buruk lagi, tapi apa faedahnya. Menang jadi arang kalah jadi abu.

Yang baik itu budi yang indah itu bahasa

Minyak Cendana

Stok pati minyak cendana saya dah pun tiba. InsyaAllah keperluan sahabat untuk mendapatkan pati cendana asli akan dapat ditunaikan. Walau bagaimanapun saya tidak akan menjualnya dalam kotak kayu lagi agar kosnya dapat dikurangkan. InsyaAllah sahabat akan mendapat cendana pada kualiti terbaik. Harap bersabar menanti kemunculannya.

Monday, December 15, 2008

AR 10 Bangsa Agong RM4500.00 (SOLD OUT)



Untuk lebih banyak foto sila klik :

http://cikgunasir.fotopic.net/

Pemilihan "kalar" ( colour)

Saya bukanlah orang yang arif dalam seni lukis, tetapi mempunyai seorang sahabat yang memahami apa itu seni dalam kontek yang agak mendalam. Berkaitan dengan pemilihan warna ia tidak menggalakkan warna hitam dalam karya seninya. Bukan salah tapi kata rakan saya yang juga meminjam kata rakannya "jangan kita hitamkan orang lain untuk menampakkan keputihan dan kecantikan kita".

Bila kaki dah bergedik.

Sebenarnya jiwa manusia amat halus dan mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Jika kena dengan alunan dan rentakknya seseorang akan mengikut sahaja tanpa sedar. Contohnya ialah alunan muzik yang akan menyebabkan kaki kita spontan bergoyang. Sehubungan itu kita akan berada dalam dilema untuk menentukan pegangan kita sama ada kita dipengaruhi atau kita dapat mempengaruhi.

Cincin Perak Cinta mani laut Saiz 18.5 RM200.00



Cincin perak (casting)
Permata cinta mani laut

Badik Sepat Pakaian Peribadi RM200.00 ( SOLD OUT)


























Badik sepat ( baru)
Sesuai menjadi pakaian peribadi kerana senang dibawa kemana-mana terutama wanita dlm beg tangan dan poket seluar.