sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, October 05, 2008

Mendapat keris secara mistik

Memiliki keris melalu cara ini biasanya banyak mengundang pandangan negatif. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada yang empunya diri, tangan yang mencincang bahu yang memikul. Bagi yang ada pengalaman dalam soal ini, ia adalah satu fenomena biasa sahaja. Di sini saya kongsi 2 cerita untuk tatapan bersama :

Cerita 1 : ( Kisah benar seorang sahabat kolektor dari KL)

Bermula dengan mimpi melihat sebilah keris gading kerabat di Raja Kelantan yang ingin memperhambakan diri padanya, minat sahabat saya terhadap keris gading amat menebal. Secara tidak sengaja akhirnya sahabat saya telah bertemu dengan keris yang pernah datang dalam mimpinya. Walaupun ditawarkan dengan harga RM13,000.00 15 tahun lepas, keris ini tetap menjadi miliknya. Wang untuk membeli keris ini datang dengan tak semena-mena walupun logik akal tak mungkin.

Cerita 2 : ( Kisah Dato Meor di Pulau Sudong)
Dato Meor telah memanggil keris dari laut untuk dibahagi-bahagikan kepada 7 orang pemuda yang menjadi murid silatnya untuk mempertahankan kampung dari ancaman tentera Jepun. Sebaik sahaja keadaan kembali aman keris-keris tersebut dipulangkan kembali ke laut.

4 comments:

anounomus said...

nothing is impossible dlm dunia ini... insyAllah, dengan izinya terjadi, menjadilah sesuatu itu... (nothing much, just a piece of my mind)

N.H. Tay said...

Terima kasih Cikgu.

Baru saya teringat tentang kisah Dato' Meor dulu, yang disuruh kembalikan keris tu tapi anak muridnya berdegil. Akhirnya kena kembalikan ke laut juga. hehe.

Anonymous said...

kebanyakan keris antik atau mistik diperolehi secara 'tarik'..kerana kebanyakan keris lama sudah ditanam atau dikambus oleh orang2 dulu...

p/s : ramai tak tahu salah satu cara menyimpan keris ialah dengan mengkambus dalam tanah.

Anonymous said...

DAN TIDAK KURANG JUGA ADA TAKTIK MENIPU DENGAN CARA 'MENARIK' ATAU INI. BISA SAJA SESEORANG ITU 'MENYEMBUNYIKAN' KERIS BARU ATAU LAMA DAN KEMUDIAN DENGAN ILMUNYA MENGELUARKAN KERIS ITU. INI KISAH BENAR TERJADI OLEH SEORANG RAKAN SAYA YANG DITIPU. AKHIRNYA DIA MEMPEROLEHI BESI KARAT BERUPA SEPERTI KERIS DAN SEBILAH LAGI KERIS BARU YANG AMAT TIDAK SEMPURNA BUATANNYA. MAKA ITU HARUS BERHATI-HATI KERANA ADA SEGELINTIR YANG PUNYA MUSLIHAT DAN TIDAK JUJUR.