Balik dari sekolah pada petang khamis 9/10/2008 saya terus memecut ke rumah sahabat karib Cikgu Muzairi untuk misi berhari raya di rumah Pak Ngah Izahar Batu Kurau Taiping. Walaupun teramat sibuk kami gagahi juga kerana sudah hampir 6 bulan kami tidak bersua muka, biasanya kalau saya dan rakan-rakan tak turun ke Batu Kurau, Pak Ngah dan Ustaz Khalid akan berkunjung ke rumah saya.
********************************************************************************* ******************************************************************************************************Kerana keletihan sebaik sampai saya terus tertidur tanpa menghiraukan Ustaz Khalid,Safwan, Zinan dan Pak Ngah yang sedang memurnikan permainan keris. Foto-foto ini saya ambil bersama Pak Ngah semasa sarapan pagi, lepas sarapan saya terus memecut balik ke Kota Bharu. Terasa rugi juga tak belajar apa-apa kali ini, tapi apakan daya badan dan otak sama-sama letih.
* Pejuang silat sejati, sepanjang hayatnya dihabiskan dengan mengajar silat tanpa mengharapkan balasan wang ringgit.
1 comment:
Assalamualaikum Cikgu.
pertama kali sy tgk kad gurulatih gayong yang ditandatangan sendiri oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Rahman. hebat. bahan sejarah tu cikgu. Hidup Gayong!
Post a Comment