Isu ini kadang-kadang boleh menimbulkan pelbagai kontroversi, walau bagaimanapun saya melihatnya dari 2 sudut yang berbeza :-
1- Terdapat insan-insan istimewa yang betul betul berkebolehan untuk menguruskan soal ini. Tapi mereka melakukannya bukan untuk tujuan komersil atau untuk bermegah-megah atau kerana mengejar kebendaan duniawi.
2- Terdapat juga insan-insan yang mengambil kesempatan untuk menipu golongan yang tamak haloba serta ingin mencarai kekayaan dengan cara mencarik adat.
Sehubungan itu jalan yang sebaik-baiknya ialah gunakanlah akal yang rasional untuk menimbang baik atau buruk langkah yang bakal kita atur. Tanyakan dahulu diri sendiri, betul atau tidak apa yang akan aku lakukan, apa yang aku cari, kehebatan, kekayaan, kemegahan atau apa yang orang lain tak tahu.
( Jangan sampai tinggal sehelai sepinggang di kecek oleh bomoh penipu )
Tuesday, October 07, 2008
Tarik keris/permata
Posted by Mohd Nasir at 4:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum, saya ingin berkongsi pengalaman dalam bab menarik batu cincin. Saya dan kawan-kawan pernah pergi ke rumah bomoh yang dapat menarik batu cincin ni. Memang pelik, tp kualiti batunya biasa saja, kecuali bg orang yg terlalu taksub. Moral ceritanya lebih baik simpan duit dan cari batu yang bermutu di kedai permata. Hanya jauhari mengenal manikam.
Post a Comment