Tidak ada insan lain yang boleh tolong mengatur dan mengangkat tapak kaki seseorang untuk berjalan. Kalau adapun hanya untuk setapak dua dan sehari dua sahaja. Maka berjalanlah kita dengan kudrat anugerah Allah di muka bumiNya. Dalam perjalanan tidak akan ada orang yang sanggup menemani kita sepanjang masa, kerana itu bukan urusan mereka. Dari kejauhan seorang sahabat hanya mampu membimbing jika ia pernah sampai ke destinasi yang kita ingin tuju. Mintalah pedoman, panduan dan nasihat semoga perjalananya dahulu bisa memberi sedikit iktibar kepada kita. Pemandangannya mungkin sudah berubah, masa merubah segalanya. Tetapi tujuan dan destinasi masih sama. Tetapkan iman ( haqqul yaqin) teruskan perjalanan ini walaupun nyawa jadi taruhan.
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalammualaikum cikgu, terima kasih atas nasihat cikgu, terima kasih. :] Besar maknanya buat saya.
Post a Comment