sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, October 05, 2008

Siapa kita untuk menghukum ?

Seni pembuatan keris merupakan satu seni unik yang merupakan warisan sesebuah keluarga. Di samping kemahiran ia juga merupakan anugerah Ilahi kepada seseorang. Keris tidak akan wujud tanpa tukangnya. Anehnya penggiat seni hari ini sering menghukum keris-keris baru kerana taksub pada keris-keris lama tanpa menyedari sebenarnya ia telah menghukum asal-usulnya sendiri, kerana keris-keris lama yang harganya ribuan ringgit hari ini adalah keris-keris baru yang berkualiti hasil kerja tangan tukang-tukang suatu waktu dulu. Bagaimana kalau tak ada orang yang membeli keris/menempa/menempah keris suatu masa dahulu. Mana mungkin adanya keris-keris antik kebanggaan kita hari ini.

Mungkin juga kita mempersoalkan teknologi yang digunakan untuk membuat keris pada hari ini. Pergi dan lihatlah sendiri bagaimana kerja-kerja tukang besi pada hari ini. Adakah mereka menggunakan komputer untuk menghasilkan keris? Hanya dengan menggunakan tulang empat kerat, tukul , baji dan kikir, mereka menghasilkan keris yang menjadi pujaan, tilikan, bahan kajian, produk jualan dan bahan kemegahan kita peminat keris antik hari ini.

Apakah salah jika tukang keris hari ini menggunakan kipas letrik untuk menggantikan " musang" bagi mengurangkan tenaga kerja. Begitu juga penggunaan canai menggantikan kikir. Apakah semua teknologi yang digunakan oleh tukang ini menjadikan kehebatan sebilah keris jatuh. Janganlah kita menghukum tukang-tukang kita, tidak ada tukang yang buat kerja dengan kaki, semuanya hasil buatan tangan dengan bantuan peralatan. Seandainya keris baru tidak dihasilkan lagi pada hari ini, apakah akan jadi pada nasib keris? Siapa kita untuk menghukum? jangan kita pada suatu masa melaungkan-laungkan untuk menaikkkan martabat keris tapi pada masa yang sama membunuh tukang-tukangnya dengan ungkapan-ungkapan yang sembrono. "

* Musang ( berasal dari perkataan hembusan, sebutan dialek kelantan telah menghilangkan huruf h dan e menjadi mbusan, akhirnya ia diterima sebagi musang sahaja. Kini ramai yang tak tahu perkataan asalnya) sejenis alat seperti pam angin diperbuat daripada kayu untuk membekalkan oksigen bagi meningkatkat tahap kecekapan pembakaran arang semasa roses menempa keris.

3 comments:

anounomus said...

cikgu, jikalau empu waktu dahulu ada kipas letric, mereka sudah gunakannya ia bukan?

Anonymous said...

Cikgu...... Saya amat bersetuju dengan pandangan dan kata-kata Cikgu Nasir.

Tetapi malangnya Cikgu... Bagi mereka-mereka yang cepat menjatuhkan hukum dan yang masih angkuh tak bertempat, bebal dan sebal ibarat kata orang Melayu kita. "Sudahlah miskin sombong pulak tu". Macam mana masyarakat kita nak maju bila kemudahan Allah swt sudah bagi. Dia katakan tak original. Betul tak Cikgu? Saya kasihan lihat bangsa saya berperangai macam ini. Isy tak layak di gelar bangsa Melayu. Malu saya.....

Anonymous said...

Assalammu'alaikum.......

Tidak kira keris itu keris baru atau lama. Keris yang sempurna tetap membawa erti dan perlambangan yang sama. Tujuan kita sebagai pencinta keris adalah untuk memartabatkan hak dunia perkerisan kita agar ianya tidak hancur di mamah usia dan tidak luput di akibatkan oleh kedaifan dan kesombangan bangsa sendiri. Bila masa kita iktirafkan martabat keris kepada bangsa kita. Kita harus menghidupkan pelapis petukang-petukang keris handalan yang mengerti keris dan ketinggian seni dan ilmu yang harus di terapkan. Kita harus fikirkan masa hadapan keris di dalam dunia perkerisan kita. Masa hadapan keris bersama generasi kita yang akan datang. Sebagai "PENCINTA" kita bukan sekadar "PENGEMAR". Untuk mempunyai jumlah keris yang banyak belum lagi membuat seseorang itu seorang "KOLEKTOR/PENCINTA". Seseorang yang bertaraf itu harus mempersembahkan akhlak dan ilmu pengatahuan yang merangkumi mengertian sejarah dan kehalusan seni budaya bangsa yang bertamadun dan berwawasan. Kita harus berupaya menghidupkan yang "mati". Yaitu Ilmu, Budaya, Adat dan Adap perkerisan di dalam setiap hati-hati manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai, "Aku Orang Melayu!!!" Kita harus bangkitkan semangat dan berikan sokongan kepada keris-keris baru yang di buat oleh cebisan petukang-petukang keris handalan tanah air yang semakin pupus. Pupus jika kita sombong dan tidak mahu pandang dan mengiktirafkan kerja tangan mereka sebagai titisan darah dari petukang-petukang handalan masa gemilang kesultanan kita dahulu. Allah swt berikan mereka ilmu melebihi kita yang lebih mudah cepat menjatuhkan hukum daripada cuba mengerti kepayahan, cinta dan dedikasi mereka untuk terus menghidupkan warisan dunia perkerisan kita. Kita harus malu dengan mereka. Kita harus merasa bangga dengan mereka. Kita harus bantu dan sokong usaha mereka. Kita harus fikirkan masa hadapan dunia perkerisan kita. Bukan sekadar untuk kita hari ini. Tetapi ianya lebih untuk anak, cucu, cicit kita yang akan datang. Kehadiran kita hari ini adalah untuk memperbetulkan kesalahan pandangan dan pengertian masyarakat kita terhadap "KERIS" yang sudah banyak jasanya kepada bangsa kita sejak beratus abad lamanya. Kita jangan lupa perjuangan mereka yang sudah mendahului kita. Dan kita harus tidak lupa kepada pelapis generasi petukang-petukang handalan perkerisan kita hari ini untuk generasi kita yang akan datang. Itu seharusnya adalah perjuangan kita di dalam cinta dan minat kita terhadap warisan budaya perkerisan kita. Kita tidak seharusnya menghambat kemerdekaan dan kedaulatan keupayaan bangsa kita sendiri. Di mana letaknya jati diri dan harga diri kita sebagai orang Melayu sekiranya kita tidak mahu membantu usaha tangan-tangan bangsa kita sendiri. Kita sudah lama MERDEKA!!! Laungkan kehebatan bangsa kita kepada DUNIA. Laungkan dengan segagah-gagahnya kepada kebolehan bangsa MELAYU nya kita. "Tidak Akan Hilang Melayu Di Dunia!!!"..... Itu yang di laungkan Laksamana Hang Tuah kepada Kita. Kita yang bergelar MELAYU!!! Hidup MELAYU!!!