Kalaulah saudara merupakan waris kepada keturunan pembuat keris sejak ratusan tahun dahulu, semua adik beradik lain tak mahu meneruskan tradisi tersebut kerana pelbagai alasan.
Akhirnya anda bergelumang dengan abu, besi, lumpur dan arang demi meneruskan warisan bangsa dan keturunan.Malangnya produk keris saudara tak laku bukan kerana kualiti tetapi kerana seorang dua yang berasakan sudah cukup hebat ilmunya untuk menilai keris megeluarkan fatwa-fatwa yang melumpuhkan industri keris baru.
Bayangkanlah betapa tak berhati perutnya mereka, jika hanya ingin membeli keris yang telah dibuat oleh moyang moyok kita yang telah meninggal 150 tahun dahulu kerana dipercayai dibuat dengan penuh ilmu dan kepakaran, kerisnya pula berisi dan dibuat dengan tulang empat kerat, sampai ada yang boleh membentuk keris dengan lidah kerana keampuhan ilmu besinya.
Fikirkanlah , bagaimana zalimnya kita menabur pasir dalam periuk nasi mereka. Sedangkan kita hanya baru berjinak dalam bidang ini setahun, dua tahun atau paling lama pun 70 tahun, sedangkan mereka dah mewarisi ilmu ini ratusan tahun dari leluhurnya. Berapa kalikah kita dah cuba menggodam besi, berapakalikah kita cuba untuk mengikir bakalan, berapa kalikah kita cuba membuat hulu. Berapa ? Berapa ? Berapa ?
Jangan niayai mereka.
* kalau dah rasa pandai sangat, buat sendirilah.
Wednesday, October 08, 2008
Fikir-fikirkan....
Posted by Mohd Nasir at 3:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mcm marah je cikgu...
tp x dinafikan...semuanya mmg susah..saya pernah rasekan sekali pun terus terpikir xnk buat dah..apetah lagi nk kerje bende nie..kesian mereka jika kita semua boikot mereka semua nie...sedangkan hasil mereka pun adalah antik..sebabnya kalau org kata 10thn antik, lagi 10 thn dari sekarang antiklah jadinya..jika nk kategori antik tu 50 thn, 50 thn lagi antik lah die..kalau kite kata 300thn baru antik, 300 thn lagi antik lah die...tp andai xde keris hari nie...xdelah keris "antik" yg kita nk nnti...nie hanya pendapat saya..maaf mencelah cikgu...
Betul 3x ... mcm kata ipin. Bagi saya, yg baru2 pun ok. Tp jgnla sampai musnahkan periuk nasi mereka
Assalammualaikum Cikgu,
Saya setuju dgn comment Cikgu tentang perkara yg ditulis...inilah yg dikatakan manusia tidak berilmu,ikut cakap hati dan tinggal cakap akal...
Firdaus
kerja seni memang susah nak dinilaikan.. tambah pulak orang2 yg konon2 nyer pakar keris.. ikut sedap mulut je nak komen itu komen ini..
bagi yg nak keris "berisi" pulak..tanya dia balik.. tinggi benor ke amalan diri tu nak pakai keris2 yg "berisi",,ataupun nak buat menurun nombor ekor..
nak perisi keris bukan tgk keris tu lama ke tidak..
bagi yg mengaku pakar keris pulak.. ajak jer lawan bertikam.. keris tu senjata..bukannya potret gantung kat dinding.. dah kalau pakar sangat..takkan tak reti nak main..
sama la macam orang yang mengaku pakar senjata api..kalau kita tanya pernah ke menembak..jawapnya tak pernah.. pakar apa benda tu?
bagi saya cikgu, bagi orang2 yang suka nak menunjuk pandai tak bertempat ni..cabar jer dorang ni depan2 orang lain.. kalau betul pakar keris..mestila jugak pakar bermain keris..
yang mana lebih afdal kita terima pandangan..seorang guru silat yang memang handal ilmunya ataupun seorang yg setakat mengkaji silat.. bertumbuk tak pernah.. tapi bila bercakap macam dah berguru 100 silat..
aja diseneni anake, aja dipoyoki bojone, aja dicacad kerise...
Post a Comment