Tidak ada insan yang maksum, bebas dari melakukan dosa. Maaf zahir ialah melafazkan perkataan "maafkan saya ......", maaf batin ialah memaafkan/membebaskan diri orang yang bersalah dari terikat dosa kepada si pemaaf dengan ikhlas. Memaafkan sesama insan adalah sifat yang mulia, meminta maaf juga adalah satu sifat yang mulia. Tapi jangan kita jadikan kemurahan hati orang untuk memaafkan kesalahan kita sepanjang masa. Beringat-ingatlah dalam setiap tutur kata, tingkah laku dan ikhlas dalam berurusan. Kerja buat orang jangan kita peduli dan jangan kita cemuh, apatah lagi kepada sahabat-sahabat kita. Jangan kita ingat kejahatan dan buruk perangai kita akan tersimpan kemas dalam peti besi, lambat laun umpatan, kata keji dan feel buruk kita akan terdedah jua. walaupun " tak hangus mulut berkata api". Tapi ingatlah ada satu ungkapan yang mengiringinya " Tak pekak telinga dek sumpah maki".
Monday, September 29, 2008
Sunday, September 28, 2008
Ukhwah sesama kita.........
Dalam perjalanan hidup sehari-hari kita sebenarnya mengumpul beberapa perkara. Antara yang yang banyak dikumpul ialah kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman dan saing-saing. Yang paling sedikit kita dapat kumpul ialah sahabat karib.
Kawan-kawan teman-teman merupakan sebilangan individu untuk kita berkumpul beramai-ramai, bersorak, happy dan akhir sekali bila dah berpisah tidak meninggalkan apa-apa kesan lagi. Berapa yang dapat kita kumpulkan dalam setahun?
"Saing-saing" pula ialah indivudu yang merupakan pencabar kita dalam apa arena yang kita ceburi. Mereka sentiasa ingin menewaskan kita dalam apa jua cara, tak kira dalam perniagaan, karier dan juga hobi.
Dan kategori yang ketiga ialah sahabat sama ada karib atau pun tidak. Sahabat paling susah dicari kerana mereka mengambil berat, prihatin, suka menegur dan memberi nasihat. Menyokong dan membantu sahabatnya tak kira masa dan tempat.
"Seorang sahabat lebih baik daripada seribu kawanan"
Posted by Mohd Nasir at 5:48 PM 3 comments
Aidil fitri dan bisnes senjata warisan
Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat dan pelanggan setia Blog Cikgu Nasir. Walaupun saya tak memasukkan stok baru dalam blog ini, masih ramai sahabat yang menghubungi dan membuat pembelian. Terima kasih. Tujuan saya mengurangkan aktiviti perniagaan di musim raya ialah agar ia tidak menganggu bajet peminat-peminat keris.
Saya amat faham situasi ini, apabila ada keris yang mengancam sukma, tidur jadi tak lena asyik teringat-ingat. Jadi agar jiwa rakan-rakan tak merana saya saya menumpukan kepada proses meneroka photopic . Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi tunjuk ajar dalam penggunaan kamera.
Posted by Mohd Nasir at 5:40 PM 1 comments
Saturday, September 27, 2008
Mencuba...
Sekolah mula cuti, dalam kesibukan dan kemeriahan menyambut raya saya sempat meluangkan sedikit masa untuk memasukkan beberapa koleksi keris saya dalam laman photopic http://cikgunasir.fotopic.net/ . Langkah ini saya ambil kerana memikirkan kesulitan sahabat-sahabat untuk meneroka laman blogspot saya terutama entry-entry lepas.
Insyaallah saya akan masukkan semua koleksi keris-keris yang ada dalam simpanan saya di laman ini. Rangkaian laman-laman di sidebar diharap dapat memudahkan pemantauan sahabat-sahabat semua.
Posted by Mohd Nasir at 4:46 AM 0 comments
Thursday, September 25, 2008
Banyak produk akan muncul lepas raya
Menjelang sambutan aidil fitri, saya tak mahu fikiran sahabat semua asyik terkenangkan keris-keris yang mengancam sukma dlm blog ini. Jadi saya masukkan entry-entry yang saya anggap boleh menambah sedikit bekalan sepanjang perjalanan hidup sahabat pengunjung semua.
Saya menpunyai banyak stok yang belum dilihat oleh sesiapa lagi. Kejutan yang bakal menyusul lepas raya ialah keris-keris melela, pedang,kerambit, zamrud-zamrud yang bakal mengegarkan sukma.
Walau apa pun , kita tumpukan kepada persiapan raya anak-anak dahulu. Semoga perjalanan hidup sahabat semua tenang dan indah .
" Wujudkah manusia jika tanpa kepalanya" - Jangan tanya saya jawapannya. Fikir dan carilah sendiri.
Posted by Mohd Nasir at 7:53 AM 4 comments
Wednesday, September 24, 2008
Titipan dari sahabat kepada sahabat
( Ini adalah titipan seorang sahabat yang tak mahu dikenali untuk dikongsi bersama. Suka saya mengingatkan bahawa ini bukan membicarakan tentang campurtangan kita dalam urusan yang dirahsiakan oleh Allah, tetapi sebagai satu ilmu firasat yang telah diamalkan bukan sahaja oleh orang-orang Melayu malahan oleh ulama-ulama besar Islam dahulu kala. Harap mendapat manafaat dan ribuan terima kasih kepada sahabat yang mencurahkan ilmunya. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup saudara )
**************************************************
SALAM CIKGU,BAIKLAH, SAYA KONGSI ILMU YANG SEDIKIT INI BERSAMA-
SAMA.
RASULALLOH S.A.W DIRIWAYATKAN MASIH MAMPU MEMPERLIHATKAN DAN MENCERITAKAN KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT SECARA LANGSUNG AKAN KESUKARAN MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DARI AWAL HINGGA AKHIR HAYAT BELIAU. IMAM GHAZALI RAHIMAHULLAH DIRIWAYATKAN MEMPEROLEHI TANDA-TANDA INI SEHINGGA BELIAU MAMPU MENYIAPKAN DIRINYA UNTUK MENGHADAPI SAKARATUL MAUT SECARA SENDIRIAN. BELIAU MENYIAPKAN DIRINYA DENGAN SEGALA PERSIAPAN TERMASUK MANDINYA, WUDUKNYA SERTA KAFANNYA SEKALI CUMA KETIKA SAMPAI BAGIAN TUBUH DAN KEPALA SAJA BELIAU TELAH MEMANGGIL ABANGNYA YAITU IMAM AHMAD IBNU HAMBAL UNTUK MENYAMBUNG TUGAS TERSEBUT. BELIAU WAFAT KETIKA IMAM AHMAD BERSEDIA UNTUK MENGKAFANKAN BAGIAN MUKANYA.
ADAPUN RIWAYAT-RIWAYAT INI MEMPERLIHATKAN KEPADA KITA SESUNGGUHNYA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA TIDAK PERNAH BERLAKU ZALIM KEPADA HAMBANYA. TANDA-TANDA YANG DIBERIKAN ADALAH UNTUK MENJADIKAN KITA HAMBANYA SUPAYA DAPAT BERTAUBAT DAN BERSIAP DALAM PERJALANAN MENGHADAP ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. WALAU BAGAIMANAPUN SEMUA TANDA-TANDA INI AKAN BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG ISLAM SAHAJA MANAKALA ORANG-ORANG KAFIR YAITU ORANG YANG MENYEKUTUKAN ALLAH, NYAWA MEREKA INI AKAN TERUS DIAMBIL TANPA PERINGATAN SESUAI DENGAN KEKUFURAN MEREKA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
ADAPUN TANDA-TANDA INI TERBAGI KEPADA BEBERAPA KEADAAN : TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.INI ADALAH TANDA PERTAMA DARI ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA KEPADA HAMBANYA DAN HANYA AKAN DISADARI OLEH MEREKA-MEREKA YANG DIKEHENDAKINYA. WALAU BAGAIMANAPUN SEMUA ORANG ISLAM AKAN MENDAPAT TANDA INI CUMA MEREKA SEDAR ATAU TIDAK SAHAJA. TANDA INI AKAN BERLAKU LAZIMNYA SELEPAS WAKTU ASAR. SELURUH TUBUH YAITU DARI UJUNG RAMBUT SEHINGGA KE UJUNG KAKI AKAN MENGALAMI GETARAN ATAU SEAKAN-AKAN MENGIGIL, CONTOHNYA SEPERTI DAGING LEMBU YANG BARU DISEMBELIH DIMANA JIKA DIPERHATIKAN DENGAN TELITI KITA AKAN MENDAPATI DAGING TERSEBUT SEAKAN-AKAN BERGETAR. TANDA INI RASANYA NIKMAT DAN BAGI MEREKA YANG SEDAR SERTA BERDETAK DI HATI BAHAWA MUNGKIN INI ADALAH TANDA MATI, SELANJUTNYA MAKA GETARAN INI AKAN BERHENTI DAN HILANG SETELAH KITA SEDAR AKAN KEHADIRAN TANDA INI.
BAGI MEREKA YANG TIDAK DIBERI KESEDARAN ATAU MEREKA YANG HANYUT DENGAN KENIKMATAN TANPA MEMIKIRKAN SOAL KEMATIAN, TANDA INI AKAN LENYAP BEGITU SAJA. BAGI YANG SEDAR DENGAN KEHADIRAN TANDA INI MAKA INI ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK MEMANFAATKAN MASA YANG ADA UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN AMALAN DAN URUSAN YANG AKAN DIBAWA ATAU DITINGGALKAN SESUDAH MATI. TANDA 40 HARI SEBELUM MATI.TANDA INI JUGA AKAN BERLAKU SESUDAH WAKTU ASAR. BAGIAN PUSAT KITA AKAN BERDENYUT-DENYUT. PADA KETIKA INI DAUN YANG TERTULIS NAMA KITA AKAN GUGUR DARI POHON YANG LETAKNYA DI ATAS ARASHY ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. MAKA MALAIKAT MAUT AKAN MENGAMBIL DAUN TERSEBUT DAN MULAI MEMBUAT PERSIAPAN KE ATAS KITA, ANTARANYA IALAH IA AKAN MULA MENGIKUTI KITA SEPANJANG WAKTU. AKAN TERJADI MALAIKAT MAUT INI AKAN MEMPERLIHATKAN WAJAHNYA SEKILAS LALU DAN JIKA INI TERJADI, MEREKA YANG TERPILIH INI AKAN MERASAKAN SEAKAN-AKAN BINGUNG SEKETIKA. ADAPUN MALAIKAT MAUT INI WUJUDNYA CUMA SEORANG TETAPI KUASANYA UNTUK MENCABUT NYAWA ADALAH BERSAMAAN DENGAN JUMLAH NYAWA YANG AKAN DICABUTNYA. TANDA 7 HARI SEBELUM MATI.
ADAPUN TANDA INI AKAN DIBERIKAN HANYA KEPADA MEREKA YANG DIUJI DENGAN MUSIBAH KESAKITAN DI MANA ORANG SAKIT YANG TIDAK MAKAN SECARA TIBA- TIBA HANYA BERSELERA UNTUK MAKAN.TANDA 3 HARI SEBELUM MATI.AKAN TERASA DENYUTAN DI BAGIAN TENGAH DAHI KITA YAITU DIANTARA DAHI KANAN DAN KIRI. JIKA TANDA INI DAPAT, DIRASA MAKA BERPUASALAH KITA SELEPAS ITU SUPAYA PERUT KITA TIDAK MENGANDUNG BANYAK NAJIS DAN INI AKAN MEMUDAHKAN URUSAN ORANG YANG AKAN MEMANDIKAN KITA NANTI. KETIKA INI JUGA MATA HITAM KITA TIDAK AKAN BERSINAR LAGI DAN BAGI ORANG YANG SAKIT, HIDUNGNYA AKAN PERLAHAN-LAHAN JATUH DAN INI DAPAT DIRASA JIKA KITA MELIHATNYA DARI BAHAGIAN SISI (TEPI). TELINGANYA AKAN LAYU DIMANA BAHAGIAN HUJUNGNYA AKAN BERANSUR-ANSUR MASUK KE DALAM. TELAPAK KAKINYA YANG TERLUNJUR AKAN PERLAHAN-LAHAN JATUH KE DEPAN DAN SUKAR DITEGAKKAN.TANDA 1 HARI SEBELUM MATI.AKAN BERLAKU SESUDAH WAKTU ASAR DI MANA KITA AKAN MERASAKAN SATU DENYUTAN DI SEBELAH BELAKANG YAITU DI KAWASAN UBUN-UBUN DI MANA INI MENANDAKAN KITA TIDAK AKAN SEMPAT UNTUK MENEMUI WAKTU ASAR KEESOKAN HARINYA. (NAMAUN ADA YANG MENGATAKAN BAHAWA SEMUA URAT-URAT PADA PERGELENGAN KAKI TERASA KENDUR, DAN SEKUJUR TUBUH DAN DAHI MENGELUARKAN KERINGAT SAMPAI BASAH KUYUP)TANDA SAAT-SAAT AKHIR.AKAN BERLAKU KEADAAN DI MANA KITA AKAN MERASAKAN SATU KEADAAN SEJUK DI BAGIAN PUSAT, AKAN TURUN KE PINGGANG DAN SETERUSNYA AKAN NAIK KE BAGIAN HALKUM. KETIKA INI HENDAKLAH KITA TERUS MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH, BERDIAM DIRI DAN MENANTIKAN KEDATANGAN MALAIKAT MAUT UNTUK MENJEMPUT KITA KEMBALI KEPADA ALLOH SUBHANAHU WA TA’ALA YANG TELAH MENGHIDUPKAN KITA DAN SEKARANG AKAN MEMATIKAN PULA
September 23, 2008 5:54 PM
Posted by Mohd Nasir at 3:46 PM 3 comments
Monday, September 22, 2008
Perhatikan gerak-gerak itu.....
Manusia adalah ciptaan Allah yang amat lengkap. Di samping jiwa dan raga, manusia dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti nafsu, kepintaran dan lain-lain lagi keistimewaan. Antara milik manusia yang istimewa ialah sistem amaran terhadap perkara-perkara yang bakal berlaku. Sistem ini akan berfungsi dengan baik jika telah diaktifkan atau pun pemiliknya faham maksud-maksud atau simbol yang telah diprogramkan. Adalah amat rugi jika kelebihan yang ada pada diri seseorang itu tidak di manafaatkan sepenuhnya.
* Tip. Jika nadi pada bahagian bawah buku lali sebelah dalam sudah tidak berdenyut lagi. Dalam 24 jam sahabat akan kembali menemui Kadhi Rabbuljalil. ( Wallahualam)
Posted by Mohd Nasir at 3:23 PM 8 comments
Melatih diri...
Suatu pagi, anda tergesa-gesa pergi untuk ke tempat kerja, dah lewat , semuanya kelam kabut. Selepas memandu 10 minit tiba-tiba terlintas di hati " pintu belum kunci". Apakah lintasan itu benar. Adakah anda berfikir untuk terlintas, dari mana datangnya suara hati tadi, benar atau bohong.
Belajarlah membenarkan kata hati kita sendiri dengan bercakap benar walaupun pahit, jujur pada diri sendiri, jujur pada sesama makhluk. InsyaAllah hati kita akan sentiasa memberitahu perkara benar kepada kita. InsyaAllah.
Posted by Mohd Nasir at 8:34 AM 0 comments
Tanya hati.
Tanya hati..... itulah ungkapan yang sering dilafazkan oleh orang-orang tua yang Arifbillah. Jangan tanya akalmu, kerana akal bunyi macam akar, kalau akar berserabut. Dalam keadaan yang memerlukan kita membuat keputusan, tanyalah hati dan buatlah keputusan, kemudian pegang kejap ( erat) keputusan itu walau apapun yang bakal terjadi. Yakinlah hati orang mukmin itu rumah Allah.
( Carilah kaedah latihan yang sesuai untuk bersoal jawab dengan hati sendiri)
Posted by Mohd Nasir at 2:38 AM 0 comments
Saturday, September 20, 2008
Biarlah....
Saya adalah seorang peniaga keris yang biasa-biasa sahaja. Orang baru katakan, modal kecil, ilmu kurang dan barangan first class pun tak ada. Koleksi keris yang ada pun taklah banyak mana dan taklah sebagus manapun. Nasib baik ramai sahabat-sahabat, anak-anak murid dan kenalan yang membantu menjadi pembekal sama ada keris baru ataupun keris lama. Mungkin ada yang mencemuh, menyindir, memperli dan pelbagai mem.. lagi. Inilah seadanya yang mampu saya jual. Maklumlah barang baru, nak kata koleksi terbaik, tak juga. Nak kata terlalu murah, tak juga. Biasa-biasa aje. Jika sahabat sudi belilah, tak sudi tak apa. Cukuplah dengan cerita-cerita lama yang memualkan tentang peniaga-peniaga keris yang hipokrit. Kita generasi baru sewajarnya mencorakkan dunia perkerisan yang disegani kerana penyatuan hati pemain-pemainya. Janganlah pula dunia perkerisan yang kecil ini kita semarakkan api dengki sesama kita. Saya mungkin akan mengambil langkah beruzlah dalam dunia perkerisan bersama-sama beberapa sahabat yang jujur dan ikhlas. Biarlah saya menguruskan perniagaan saya seperti sekarang , bersendirian .
Saya mungkin tidak akan berhubungan lagi dengan orang-orang yang hebat dalam bisnes keris, lebih baik saya berurusan dengan golongan marhain yang jujur di depan dan jujur di belakang. Kerana saya percaya dunia perkerisan yang indah ini, tidak bertahan lama jika feel busuk hati dan buruk perangai bermaharajalela dalam hati pemainnya.
Posted by Mohd Nasir at 7:36 AM 7 comments
Thursday, September 18, 2008
Apabila diri mula lemah...tanpa kuasa
Inilah fenomena yang melanda umat Melayu di Malaysia hari ini, apabila orang-orang Islam asyik bercakaran sesama sendiri, bangsa lain akan ambil kesempatan. Anak-anak muda leka dengan hiburan tetapi berlagak pejuang apabila ada isu tentang kebebasan dan hak asasi. Sesama Islam kita hentam, maki dan marah tak habis-habis, tapi bila orang kafir dah naik tocang, mana pergi semuanya. Mana yang kuat berjuang untuk keadilan..kenapa begini.
Posted by Mohd Nasir at 4:35 PM 2 comments
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Salahkah jika......
Apakah menjadi kesalahan jika seorang yang tidak bertitle ustaz bercakap tentang agama terutamanya soal-soal tasauf dan ketuhanan, bukankah agama Islam itu anutan kita. Apakah kecenderungan orang-orang silat untuk belajar tasauf itu salah, kerana ada suara-suara sumbang mengatakan ramai yang jadi gila kerana belajar ilmu-ilmu ketuhanan dalam silat . Terkedu juga saya seketika kerana kenyataan-kenyataan sebegini menampakkan bahawa ilmu agama dan tasauf seolah-olah milik mutlak ustaz dan ustazah sahaja.
Saya ingin bertanya kembali ;
1. Apakah semua orang yang sakit mental di wad-wad bahagia diseluruh dunia belajar silat dan ilmu ketuhanan.
2. Apakah dalam bidang-bidang ilmu lain tidak wujud rahsia kehebatan Tuhan.
3. Berapa ramai orang sesat dalam agama jika dibandingkan antara orang yang bersilat dengan bukan bersilat.
4. Apakah orang bersilat itu hanya dihadkan belajar agama dari guru silatnya sahaja dan tidak mampu bergerak kemana-mana tempat untuk belajar tasauf dan ilmu ketuhanan.
5. Berapa ramai ustaz dan ustazah yang betul-betul memahami metafizik/tasauf dengan baik.
Mungkin entry kali ini akan agak kasar bagi sesetengah makhluk Allah, tapi fikiran yang negatif ini perlu diberi cas supaya ia menjadi positif. Sejarah telahpun membuktikan bahawa golongan silat pernah berjasa pada umat Melayu di Malaysia apabila berlakunya pertelingkahan kaum satu waktu dahulu. Tolong betulkan dahulu kaki mabuk, mat rempit, kaki disko, murtad, menutup aurat, pergaulan bebas dan banyak lagi sebelum busuk hati kepada ahli silat yang minat untuk mengenal dirinya disebar luaskan tanpa rasa bersalah.
Posted by Mohd Nasir at 9:14 AM 17 comments
Menegakkan keris.....( menjawab pertanyaan sahabat)
Keris boleh ditegakkan kerana 2 faktor. Faktor pertama ialah keseimbangan, mankala faktor yang kedua ialah kehebatan sipenegaknya. Bagi penegak keris yang tak berapa hebat ia bergantung kepada keseimbangan keris 100 %. Manakala bagi mereka yang mempunyai daya konsentrasi yang tinggi ia mampu menegakkan mana-mana bilah keris sama ada seimbang atau tidak. Wallahualam.
Posted by Mohd Nasir at 8:30 AM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Sunday, September 14, 2008
Menjaga dan merawat keris.
Jagalah keris dalam simpanan kita sebaiknya. Sapulah minyak dan simpan dengan elok dalam sarungnya. Biasanya keris sering berkarat pada pangkal/umbinya. Ini kerana semasa memegang hulu keris, jari-jari kita terkena pada bahagian tersebut. Sehubungan itu semasa memegang keris elakkan daripada menyentuh dan meraba bilah keris, kesian si pemiliknya.
Posted by Mohd Nasir at 3:42 PM 1 comments
Keris Lurus Pamor Bulu Ayam Halus Besi Putih RM1500.00 (SOLD OUT)
Posted by Mohd Nasir at 4:31 AM 5 comments
Saturday, September 13, 2008
Kunjungan Singkat Ke KL- Terima kasih semua
Semalam saya telah berkunjung ke KL selama sehari. Dalam masa yang terbatas saya cuba mnyelesaikan beberapa temujanji dengan pelanggan dan sahabat-sahabat. Walau bagaimanapun tidak semua rakan sempat saya temui.
Terima kasih atas layanan dan pertolongan yang dberikan semasa di Kl. Untuk teman-teman dan sahabat yang tak sempat ditemui, InsyaAllah pada lain kesempatan kita akan bersua muka. Kerana keletihan saya rehat 2 hari. Terlalu banyak keris dalam stok saya untuk dimasukkan dalam blog. InsyaAllah bila hilang penat akan saya masukkan satu persatu.
Posted by Mohd Nasir at 6:31 AM 2 comments
Labels: jasa baik sahabat semua akan dikenang sepanjang hayat., Terima kasih semua
Tuesday, September 09, 2008
Baja yang sekata dan tidak tiris....
Menyahut permintaan sahabat-sahabat yang bertanya, saya ingin memberikan contoh baja yang sekata dan tidak tiris bagi sesebilah keris yang baik. Perhatikan keadaan baja yang cantik bagi bilah Keris Lok 9 Pandai Mamat di bawah :
Sila klik foto untuk melihat baja dengan jelas
Posted by Mohd Nasir at 7:37 AM 3 comments
Monday, September 08, 2008
Hidup dan mati....
Bayangkan jika kita menghela nafas panjang dan gagal menghembuskannya, begitu juga bila kita menghembuskan nafas kita keluar dan kita gagal menyedutnya kembali. Mati..... sedekat itu.
Posted by Mohd Nasir at 5:57 PM 0 comments
Badik Sarung Kemuning Salut Perak (SOLD OUT)
**********************************************************************##################################################################################################################################***********************************************
Posted by Mohd Nasir at 3:01 AM 2 comments
Sunday, September 07, 2008
Harga diri.... berapa harganya?
Jika sesebilah keris diletakkan harga oleh pemiliknya. Harga diri ditentukan empunya diri. Harganya ditentukan oleh kerjabuat, tingkahlaku, dan tutur empunya diri. Kadangkala empunya diri melabelkan dirinya dengan harga yang tinggi. Tanpa disedari , pembeli melihat dirinya penuh dengan tipu muslihat, dengki, dan busuk hati, barua dan sebagainya. Mungkin harganya tidak sampai pun setengah sen. Dunia perkerisan adalah sebahagian kecil juzuk kehidupan, melaluinya kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menambah kawan dan sahabat, jangan sesekali mewujudkan perselisihan. Jagalah pekerti kita dalam berurusan dan perhubungan.
Posted by Mohd Nasir at 11:56 PM 0 comments
Keris Selit Antik Lok 3 RM500.00
Posted by Mohd Nasir at 11:55 PM 0 comments
Besi baja dalam senjata.....
Besi baja diketahui umum merupakan besi yang digunakan untuk menajamkan sesebilah senjata. Biasanya besi baja dimasukkan pada bahagian mata senjata. Bagi keris yang berkualiti dan baik garapannya, bilahnya dikelilingi oleh besi baja yang sekata. Baja tidak bocor atau tiris di mana-mana bahagian keris. Bagi peminat seni keris, terutamanya yang percaya kepada unsur ketandaan, struktur ini amat dititikberatkan. Besi baja mudah dikenali kerana kelihatan lebih hitam daripada besi biasa, padat serta licin pada keris atau senjata baru. Untuk mendapatkan besi baja yang sekata pada bilah keris memerlukan kerja yang teliti daripada tukang yang mahir.
Keris kelihatan amat cantik sekali jika besi baja di tepinya yang sekata manakala pada bahagian tengahnya dihiasi dengan besi berpamor, terutamanya pamor perak atau berlian dari pangkal sampai hujung bilah. Sehubungan itu apabila membeli keris lama atau baru perhatikan keadaan bajanya jika ia bukan besi sebatang.
Posted by Mohd Nasir at 11:52 PM 1 comments
Melela Umbi Pamor RM1700.00 (HOLD ON)
Posted by Mohd Nasir at 3:58 PM 0 comments
Pandai Saras Antik RM1100.00
********************************************************************************************************
Posted by Mohd Nasir at 2:13 PM 0 comments