Dalam bulan ramadhan ini tukang-tukang bekerja tidak seperti biasa, bermain dengan tukul besi dan wap api memang memenatkan. Walau apa pun mereka kena teruskan kerja. Dapur perlu berasap dan keperluan anak-anak menyambut hari raya perlu diutamakan. Pada masa yang sama permintaan terhadap besi berkurangan kerana pembeli juga ingin beraya. Sebagai peniaga pula, pada masa ini tukang akan menyiapkan tempahan-tempahan sama ada yang dah berkurun atau baru ditempah seminggu, yang tak ditempah juga mencurah-curah siapnya. Lumrah dalam perniagaan, ada masa kita untung mudah dan ada masa kita kena berkorban untuk kedua-dua pihak, tukang dan pembeli. SELAMAT BERPUASA.
*jangan lupe buke pose bila maghrib
No comments:
Post a Comment